Berdasarkan carian,
saya hanya ditemui kata-kata Musa al-Kazim (m. 183H) berkaitan sikat sambil
duduk, yang disebut dalam kitab Syiah iaitu Makarim al-Akhlaq karangan
al-Fadl bin al-Hasan al-Tabarsi (m. 548H):
لا تمتشط من قيام فانه
يورث الضعف في القلب، وامتشط وأنت جالس فإنه يقوي القلب ويمخج الجلدة
"Jangan
bersikat rambut ketika berdiri kerana ia menyebabkan lemahnya hati. Sikatlah
rambut ketika duduk kerana ia menyebabkan kuatnya hati dan mencantikkan
kulit."
Ada sebuah hadis yang
menyebutkan tentang menyikat rambut ketika berdiri tetapi ia adalah palsu:
مَنِ امْتَشَطَ قَائِمًا رَكِبَهُ الدَّيْنُ
"Sesiapa
yang menyikat rambut ketika berdiri dia akan ditimpa hutang."
Hadis ini diriwayatkan
oleh Ibnu 'Adi (m. 365H) dalam al-Kamil Fi Dhu'afa' al-Rijal dan
Ibnu al-Jauzi (m. 597H) dalam al-Maudhu'at daripada hadis
'Aisyah.
Dalam sanadnya
terdapat Ahmad bin Abdullah al-Harawi al-Juwaibari dan Abu al-Bakhtari Wahb bin
Wahb. Kedua-duanya adalah pendusta dan pemalsu hadis. Hadis ini dinilai palsu
oleh Ibnu al-Jauzi dalam al-Maudhu'at dan tidak dikritik oleh
al-Hafiz al-Sayuthi dalam al-Laali' al-Masnu'ah dan Ibnu
'Arraq dalam Tanzih al-Syari'ah al-Marfu'ah. Dinilai palsu
juga oleh al-Hafiz al-'Iraqi (m. 806H) dalam Qurran al-'Ain Bi
al-Masarrah Bi Wafa' al-Din.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan