- Kata al-Imam Ahmad Zarruq (846H-899H) dalam al-Kunnasy:
“Pada tahun 870 (Hijrah), aku
sedang berkhidmat kepada Sidi Muhammad bin Abdullah terkenal dengan gelaran
al-Zaituni.
Lalu datang bertemu kami
sekumpulan anak murid Sidi Muhammad al-Jazuli bersama al-Saghir al-Sufyani.
Mereka mensahihkan kepada kami
(berita) kewafatan Syeikh al-Jazuli.
al-Saghir berkata: Beliau
meninggal dunia ketika solat Subuh. Sama ada ketika sujud yang ke dua pada
rakaat yang pertama atau ketika sujud yang pertama pada rakaat yang kedua.”
- Kata al-Tunbukti dalam Kifayah
al-Muhtaj:
“Ketika ingin dipindahkan jasadnya
selepas 77 tahun (selepas kematiannya), didapati jasadnya tidak berubah
sedikitpun.”
Sumber:
- Man Tuwuffiya Min al-Ulama
Wa Huwa Sajid, Muhammad Ibrahim Sa’id al-Fasi, hlm. 168-169.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan