- Syu’bah bin al-Hajjaj berkata:
“Aku tidak pernah langsung
melihat seorang berlari-lari (di jalanan) kecuali aku akan katakan: (Sama ada orang
ini) orang gila ataupun ahli hadith.”
[Al-Jami’ Li Akhlaq al-Rawi Wa
Adab al-Sami’, al-Khatib al-Baghdadi, jil. 1, hlm. 152, c: Maktabah al-Ma’arif,
tahqiq: Dr Mahmud al-Thahhan]
- Maksudnya, tidak ada orang yang
melakukan perbuatan berlari-lari di tempat awam kecuali orang gila yang tidak
hairan lagi akan perlakuannya dan ahli hadith yang ingin bersegera menghadiri
majlis ilmu hadith.
_________________
Syu'bah bin al-Hajjaj
(80/82H-160H) adalah Amirul Mu'minin Fi al-Hadith. Beliau adalah
guru kepada ulama-ulama hebat seperti Sufyan al-Thauri, Sufyan bin 'Uyainah,
Abdul Rahman bin Mahdi, Yahya bin Sa'id al-Qathan dan lain-lain. Al-Imam
al-Syafi'e pernah memuji beliau: "Jika tidak kerana Syu'bah, hadith
tidak akan diketahui di 'Iraq."
[Siyar A'lam al-Nubala',
al-Zahabi, jil. 7, hlm. 202,
c: Muassasah al-Risalah]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan