Al-Zubair bin Bakkar berkata:
Anak saudara perempuanku
berkata kepada isteriku:
Bapa saudaraku adalah
sebaik-baik lelaki kepada isterinya. Beliau tidak berkahwin lain dan tidak
membeli hamba perempuan.
Isteriku lalu berkata:
"Demi Allah, kitab-kitab
ini (kitab al-Zubair bin Abi Bakr) lebih menyeksakan bagiku daripada tiga orang
madu (disebabkan keasyikan al-Zubair terhadap kitab-kitabnya)."
Rujukan:
Al-Jami' Li Akhlaq al-Rawi Wa
Adab al-Sami', al-Khatib al-Baghdadi, jil. 1, hlm. 149, c: Muassasah
al-Risalah.
________________
Al-Zubair bin Bakkar
berketurunan sahabat Nabi sallahu 'alaihi wasallam, al-Zubair bin
al-'Awwam. Beliau seorang yang alim, hafiz dan mahir tentang nasabnya.
Beliau merupakan qadhi di Mekah.
Kata al-Khatib al-Baghdadi: "Al-Zubair
merupakan seorang yang thiqah, mantap (ثبت),
alim dalam ilmu nasab dan kisah-kisah orang yang terdahulu. Beliau mempunyai
penulisan berkenaan nasab Quraisy."
Beliau meninggal dunia pada tahun
256 Hijrah.
رحمه الله تعالى
Rujukan:
Thabaqat al-Nassabin, Bakr
Abu Zaid, hlm. 64, c: Dar al-Rusyd.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan