Kata Abu Hassan al-Ziyadi:
"Ketika Abu Hanifah merasa kematiannya sudah hampir, dia lalu
bersujud. Keluar rohnya ketika beliau sedang bersujud. Umur beliau pada hari
kewafatannya adalah 70 tahun.
Al-Hasan bin 'Umarah yang memandikannya. Beliau merupakan salah
seorang guru Abu Hanifah dan merupakan ahli hadis besar.
Abu Raja' Abdullah bin Waqid al-Harawi yang menuangkan air. Beliau
merupakan imam penduduk Harah.
Al-Hasan bin 'Umarah juga yang mensolatkan jenazah Abu Hanifah.
Abu Hanifah disolatkan pada hari kewafatannya sebanyak enam kali
disebabkan terlalu ramai orang. Orang yang terakhir mensolatkannya adalah
anaknya , Hammad.
Khalifah al-Mansur turut datang mensolatkannya di kuburnya.
Dikatakan orang ramai terus menerus mensolatkannya di kuburnya
selama lebih daripada 20 hari.
Al-Malik Abu Sa'ad Muhammad bin Mansur al-Khawarizmi membina kubah
di atas kuburnya dan membina madrasah yang besar di sisinya untuk pengikut
mazhab Hanafi. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun 459 Hijrah."
رحمه الله تعالى
Sumber:
- Maghani al-Akhbar Fi Syarh Asami Rijal Ma'ani al-Athar,
Badruddin al-'Aini, jil. 3, hlm. 141, Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan