Sabtu, 21 Disember 2019
TAUBAT BISYR AL-HAFI
HAKIKAT PUJIAN DAN CELAAN MANUSIA
Jumaat, 13 Disember 2019
3 JENIS KITAB HADIS DAIF
Rabu, 27 November 2019
Sengatan Tebuan Tidak Memutuskan Solatnya
Khamis, 21 November 2019
Inilah Imam Abu Hanifah
Jangan Kata Apa Yang Aku Tidak Buat
Selasa, 19 November 2019
Al-Hafiz al-Munziri : Seluruh Waktunya Untuk Ilmu
Ahad, 3 November 2019
Jawab Soalan Tentang Perawi Ketika Nazak
Sabtu, 2 November 2019
Makan Dan Minum Kerana Terpaksa Demi Menjaga Waktu
Sumber:
Qimah al-Zaman 'Inda al-'Ulama karangan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah.
Kurangkan Makan Untuk Menjaga Waktu
Jumaat, 1 November 2019
Manhaj Kitab al-Mu’jam al-Kabir Karangan al-Imam al-Tabarani
Pengenalan Ringkas Imam al-Tabarani
Nama beliau ialah Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub bin Muthair
al-Lakhmi al-Syami al-Tabarani. Kunyah beliau ialah Abu al-Qasim.
Beliau dilahirkan pada tahun 260 Hijrah. Namun ulama berbeza pendapat tentang tempat beliau dilahirkan sama ada di Akka, Palestin atau di Tabariyyah, Palestin.
Gelaran al-Lakhmi berasal dari nama kabilah Lakhm yang berasal dari Yaman namun tinggal di Syam.
Beliau mula mengembara menuntut ilmu hadis ketika berusia 16
tahun.
Guru-guru beliau lebih daripada 1000 orang. Antara guru
beliau yang terkenal ialah Imam Abu Zur’ah al-Dimasyqi, Imam al-Nasa’i dan Imam
Abdullah bin Ahmad bin Hanbal.
Manakala murid beliau yang terkenal ialah Imam Ibnu
Mardawaih, Imam Abu al-Syeikh al-Asbahani, Imam Ibnu ‘Uqdah al-Kufi, Imam Ibnu
Mandah al-Asbahani dan Imam Abu Nu’aim al-Asbahani.
Karya beliau yang terkenal ialah al-Mu’jam al-Kabir, al-Mu’jam
al-Ausath, al-Mu’jam al-Saghir, Musnad al-Shamiyin, Kitab
al-Du’a, Makarim al-Akhlaq dan lain-lain.
Beliau meninggal dunia di Asbahan, Iran pada tahun 360
Hijrah ketika berusia 100 tahun. Semoga Allah merahmati beliau.
Maksud Mu’jam
Mu'jam adalah kitab yang menyebut sekumpulan hadis yang
telah diriwayatkan lalu ia disusun mengikut susunan para sahabat Nabi atau
guru-guru pengarang kitab atau negeri-negeri atau selain itu.
Kebiasaannya susunan para sahabat Nabi atau guru-guru
pengarang kitab atau negeri-negeri atau yang lain-lain itu disusun pula mengikut
urutan huruf abjad.
Manhaj Imam al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir
Metodologi al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir adalah berdasarkan beberapa asas yang sebahagiannya telah beliau nyatakan dalam
mukadimah ringkas kitab tersebut dan boleh dijelaskan seperti berikut:
1 - Beliau memulakan kitab ini dengan menyebut kumpulan hadis yang diriwayatkan oleh sepuluh orang yang dijanjikan syurga kerana kemuliaan mereka dan susunannya bermula dengan empat Khulafa' al-Rasyidin kemudian diikuti dengan menyebut baki enam sahabat yang lain.
2 - Beliau menyusun nama-nama sahabat mengikut huruf abjad (alif,
ba, ta, tha) dan menjadikannya sebagai susunan umum bagi keseluruhan
kitab.
3 - Dalam biografi sahabat, beliau memulakan dengan menyebut
nasab, sifat, umur, kematian dan hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah sallahu
‘alaihi wasallam.
Ini jika terdapat riwayat dan maklumat tentang biografi
sahabat tersebut.
Jika beliau tidak menemui sesuatu maklumat pun, beliau
meninggalkannya tanpa terikat dengan susunan ini seperti yang beliau lakukan
dalam biografi Ubay bin Malik al-Qusyairi dan Ubay bin Umarah di mana beliau hanya menyebut nama mereka dan sebahagian hadis yang diriwayatkan
oleh mereka sahaja.
4 - Apabila terkumpul beberapa hadis dalam satu topik tertentu, beliau meletakkan tajuk yang sesuai dengan berkata "Bab sekian", contohnya apa yang terdapat dalam kumpulan hadis yang diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid di mana beliau berkata:
"Bab tentang wanita yang buruk dan bahawa dia adalah fitnah dan membahayakan suaminya"
"Bab tentang pertukaran mata wang (al-sarf)."
5 - Jika hadis-hadis tersebut dalam pelbagai topik, beliau meninggalkannya tanpa pembahagian bab seperti yang beliau lakukan dalam kumpulan hadis yang diriwayatkan oleh sepuluh sahabat yang dijanjikan syurga (melainkan kumpulan hadis Abu Ubaidah al-Jarrah yang beliau telah bahagiakn kepada beberapa bab) dan kumpulan hadis Ubay bin Ka'ab sebagai contoh.
6 - Jika sahabat tersebut banyak meriwayatkan hadis, beliau menyebut sebahagian hadisnya, dan jika sedikit meriwayatkan hadis, beliau menyebut semua hadisnya.
7 - Bagi sahabat yang tidak mempunyai riwayat daripada
Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam atau yang meninggal lebih awal,
beliau menyebut maklumat mereka dari kitab-kitab maghazi (peperangan Nabi) dan
sejarah ulama. Tujuannya untuk menyebutkan individu yang pernah bersahabat
dengan Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam. Contohnya seperti Muhammad
bin Maslamah al-Ansari.
Ini yang diistilahkan oleh sesetengah ulama sebagai ‘al-Tarajim al-Mursalah’ (tajuk bebas/tidak dinyatakan), iaitu yang dibiarkan tanpa disebut tajuk secara spesifik dan memadai dengan perkataan tajuk ‘Bab’, yang menunjukkan wujudnya hubungan tertentu antara hadis-hadis selepasnya dengan hadis-hadis sebelumnya.
Contohnya apa yang terdapat dalam kumpulan hadis Ummu Atiyyah
dengan tajuk ‘riwayat Muhammad bin Sirin daripada Ummu Atiyyah’, kemudian beliau
mengikutinya dengan tajuk ‘Bab’ secara bebas dan menyebut selepas itu
hadis-hadis yang berkongsi dengan hadis-hadis sebelumnya dari segi ia diriwayatkan
oleh Muhammad bin Sirin daripada Ummu Atiyyah dan dari seri ia berkaitan dengan beberapa
topik berkaitan wanita, tetapi berbeza dari segi jenis topik yang dibincangkan.
12 - Apabila beberapa hadis yang diriwayatkan oleh seorang sahabat berkisar tentang satu topik dan beliau mendapati bahawa ada bermanfaat dan perlu untuk melengkapkan faedah dengan memasukkan di antaranya hadis-hadis dalam topik yang sama dari riwayat sahabat-sahabat lain, maka beliau akan memasukkannya.
Contohnya: Kumpulan hadis yang diriwayatkan oleh Usamah bin
Zaid, di mana terdapat hadis-hadis tentang ‘al-sarf’ (pertukaran mata
wang), kemudian beliau mengikutinya dengan riwayat-riwayat daripada Ibn Abbas dalam
topik yang sama. Kemudian beliau kembali dan berkata: "Sambungan hadis Usamah
bin Zaid."
13 - Bukanlah menjadi tujuan utama al-Tabarani dalam karya-karyanya untuk hanya mengumpulkan hadis-hadis sahih daripada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam tetapi beliau mengumpulkan hadis sahih, hasan, daif dan lain-lain.
Al-Tabarani bukanlah orang pertama yang melakukan ini tetapi
ia juga adalah kebiasaan yang diamalkan oleh para pengarang sebelumnya kerana
tujuan mereka adalah untuk memelihara sunnah daripada hilang dengan mencatat
semua hadis yang sampai kepada mereka yang dinisbahkan kepada Rasulullah sallahu
‘alaihi wasallam. Kemudian
mereka menyerahkan urusan membezakan antara hadis sahih dan daif kepada
generasi selepas mereka. Jika mereka sibuk sejak awal dengan urusan membezakan
antara hadis sahih dan selainnya mereka akan membuang banyak usaha dan masa
untuk itu dan akibatnya banyak sunnah Nabi sallahu ‘alaihi wasallam akan
hilang.
Dari sudut lain para ulama telah menyebut beberapa faedah
dan sebab untuk meriwayatkan hadis yang tidak sahih, antara yang terpenting
ialah:
a - Ibnu Hajar berkata dalam Lisan al-Mizan pada
biografi al-Tabarani:
“Ismail bin Muhammad bin al-Fadl telah mengkritik beliau
kerana mengumpulkan hadis-hadis yang gharib yang mengandungi kejelekan yang
teruk dan hadis-hadis palsu dan sebahagian hadis itu mencela ramai tokoh
terdahulu dari kalangan sahabat dan selain mereka.
Ini bukanlah perkara yang khusus bagi al-Tabarani sahaja.
Maka tidak ada makna untuk mengkhususkan kritikan kepadanya pada masa kini. Bahkan
kebanyakan ahli hadis pada zaman-zaman lampau sejak tahun 200 Hijrah dan
seterusnya, apabila mereka meriwayatkan hadis dengan sanadnya, mereka yakin
bahawa mereka telah bebas daripada tanggungjawabnya.”
b - Untuk mengetahui hadis sahih li-ghairihi dan hasan
li-ghairihi kerana apabila hadis-hadis seperti ini dikuatkan dengan periwayatannya
melalui jalar sanad lain yang serupa atau lebih kuat daripadanya. Maka hadis
tersebut akan naik ke tahap sahih li-ghairihi jika asalnya hasan, atau
ke tahap hasan li-ghairihi jika asalnya daif.
c - Mengetahui hadis-hadis daif untuk memberi peringatan
tentang kedaifannya agar tidak bercampur dengan hadis sahih dan hasan. Para
imam hadis telah menulis hadis-hadis perawi yang daif dan menzahirkannya kepada
orang ramai agar mereka tidak terjerumus dalam kesilapan kerananya.
d - Mengetahui perawi-perawi yang diperselisihkan oleh para
ulama dari segi jarh (kritikan) dan ta'dil (pengiktirafan) dan
hadis-hadis yang diperselisihkan dari segi kesahihan dan kedaifannya.
e - Mengetahui dalil-dalil mazhab dan aspek-aspek perbezaan
mereka dalam pendalilan, di mana sebahagian imam boleh menggugurkan dalil imam
lain dengan menjelaskan kedaifannya, iaitu kerana kelemahan riwayat yang
dijadikan sandarannya.
*Saya telah kemas kini semula tulisan ini pada 3/5/2025.