Khamis, 21 November 2019

Jangan Kata Apa Yang Aku Tidak Buat

1 - Al-Qadhi Abu Yusuf berkata:

“Ketika aku berjalan bersama Abu Hanifah, tiba-tiba aku terdengar seorang lelaki berkata kepada sahabatnya: "Ini ialah Abu Hanifah. Dia tidak tidur malam (kerana beribadat)."

Maka Abu Hanifah berkata: “Demi Allah, jangan berkata sesuatu yang tidak aku lakukannya.”

Sedangkan Abu Haniah memang seorang yang menghidupkan malamnya dengan solat, merendahkan dirinya kepada Allah dan berdoa.”

2 - Diriwayatkan daripada Abdul Hamid al-Himmani bahawa beliau berdamping bersama Abu Hanifah selama enam bulan. Beliau berkata: “Beliau solat Subuh dengan wuduk solat Isyak dan beliau mengkhatamkan al-Quran pada setiap malam pada waktu sahur.”

3 - Diriwayatkan daripada Asad bin ‘Amru bahawa Abu Hanifah rahimahullah solat Isyak dan Subuh dengan wuduk yang satu selama 40 tahun.

4 - Abu Yusuf berkata: “Abu Hanifah mengkhatamkan al-Quran pada setiap malam dalam rakaat solat.”

5 - Mis’ar bin Kidam berkata: “Aku melihat Abu Hanifah membaca (keseluruhan) al-Quran dalam satu rakaat.”

Sumber:

Siyar A’lam al-Nubala’ oleh al-Hafiz al-Zahabi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan