قُلْ
يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ١
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang-orang kafir!”
لَا
أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ٢
"Aku
tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.”
Tafsir Ayat 1
dan 2:
Katakanlah - wahai Rasulullah - dengan penuh ketegasan dan
kesungguhan kepada kaum Musyrikin yang telah menawarkan kepadamu rundingan
kompromi mereka antara iman dan kufur:
Wahai orang-orang kafir yang menutupi dalil-dalil iman dan Islam setelah ia jelas, yang berdegil dengan kekufuran mereka kepada Allah. Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah selain daripada Allah berupa berhala-berhala dan tuhan-tuhan yang batil kerana iman tidak menerima pembahagian dan kerana ia adalah kebenaran keseluruhannya, dan tidak menerima percampuran dan pergaulan dengan kebatilan. Apabila ia bercampur dengan kebatilan, ia tidak lagi sah dan diterima di sisi Allah Taala.
وَلَا
أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ٣
"Dan
kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.”
Tafsir ayat 3:
Kamu bukanlah penyembah Tuhan yang aku sembah, iaitu Allah -
satu-satunya - yang berhak disembah.
وَلَا
أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ٤
"Dan
aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.”
Tafsir ayat 4:
Aku tidak akan sesekali menjadi penyembah pada masa akan
datang terhadap apa yang kamu minta daripadaku berupa penyembahan tuhan-tuhan
kamu yang batil.
وَلَا
أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ٥
"Dan
kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.”
Tafsir ayat 3:
Kamu sesekali tidak akan menjadi penyembah pada masa akan
datang terhadap apa yang aku minta daripada kamu berupa penyembahan Tuhanku.
لَكُمْ
دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ٦
"Bagi
kamu agama kamu, dan bagiku agamaku."
Tafsir ayat 5:
Bagi kamu kekafiran kamu yang kamu berdegil dengannya, dan bagiku keikhlasanku dan tauhidku yang aku tidak mencari selainnya.
Aku tidak akan menyahut tawaran-tawaran damai kamu yang
mengorbankan agama Rabbani yang tidak menerima pembahagian separuh-separuh dan
tidak menerima tawar-menawar pada prinsip-prinsip dan hakikat-hakikat
akidahnya.
Sumber:
Tafsir al-Mu’in – Syeikh Majid Makki.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan