Al-Hafiz al-Zahabi berkata dalam Tazkirah al-Huffaz, pada biografi al-Khatib al-Baghdadi, seorang sejarawan dan ahli hadis Baghdad, yang dilahirkan pada tahun 392H dan meninggal dunia pada tahun 463H, semoga Allah Ta'ala merahmatinya:
“Al-Khatib biasa berjalan dan di tangannya ada sebuah
juzuk kitab yang ditelaahnya.”
Perkara itu tidak lain hanyalah demi menjaga waktu dan
memanfaatkan masa agar tidak berlalu sia-sia semasa berjalan tanpa faedah dan
manfaat daripadanya yang berkaitan dengan ilmu.
Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah berkata:
“Telah berulang kali kisah-kisah tentang para ulama dan
orang-orang cerdik pandai yang membaca sambil berjalan, sedangkan orang yang
berjalan perlu mengalihkan pandangannya berulang kali antara jalan dan kitab.
Pada hari ini, perjalanan adalah dengan kereta dan bas,
dan permusafiran adalah dengan kereta api dan kapal terbang, maka menjadi satu
kemestian ke atas para penuntut ilmu dan pelajar untuk memanfaatkan waktu-waktu
ini dengan berzikir, membaca al-Quran, belajar, berbincang ilmu, dan menelaah.
Orang yang rugi ialah sesiapa yang mensia-siakannya
dengan bercakap kosong dan percakapan yang tidak berfaedah.”
Sumber:
Qimah al-Zaman ‘Inda al-‘Ulama oleh Syeikh Abdul
Fattah Abu Ghuddah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan