Isnin, 9 Februari 2026

Fokus dalam Menuntut Ilmu

Al-Hafiz al-Khatib al-Baghdadi, semoga Allah Ta'ala merahmatinya, telah menukilkan dalam kitabnya, al-Jami' li Akhlaq al-Rawi wa Adab al-Sami' daripada Abu Ahmad Nasr bin Ahmad al-'Iyadli al-Faqih al-Samarqandi:

“Ilmu ini tidak akan diperoleh melainkan oleh orang yang menutup kedainya, merosakkan kebunnya, meninggalkan saudara-saudaranya, dan ahli keluarganya yang paling dekat meninggal dunia namun dia tidak menghadiri jenazahnya.”

Al-Qadhi Badruddin bin Jama'ah, semoga Allah Ta'ala merahmatinya, berkata dalam kitabnya, Tazkirat al-Sami' wa al-Mutakallim bi Adab al-'Alim wa al-Muta'allim, selepas beliau menukilkan apa yang diriwayatkan oleh al-Khatib:

“Semua ini - walaupun terdapat unsur keterlaluan (mubalaghah) di dalamnya - namun yang dimaksudkan dengannya ialah ilmu itu mesti disertai dengan penumpuan hati dan penyatuan fikiran.

Dikatakan sebahagian masyaikh (guru-guru) memerintahkan seorang muridnya dengan (perkara) yang seumpama dengan apa yang diriwayatkan oleh al-Khatib, perkara kemuncak yang diperintahkannya ialah guru itu berkata: Celuplah (warnakanlah) pakaianmu supaya fikiranmu tidak disibukkan dengan (urusan) membasuhnya.”

Sumber:

Safahat Min Sabr al-‘Ulama – Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan