Selasa, 10 Februari 2026

Tinggal Pengebumian Anak Demi Ilmu

Seorang Imam yang agung lagi bijaksana, al-Qadhi Abu Yusuf, beliau sangat tekun mendampingi gurunya, Imam Abu Hanifah.

Beliau mengikuti majlis pengajiannya selama 17 tahun atau 29 tahun, tidak pernah terlepas solat Subuh bersamanya, dan tidak pernah berpisah daripadanya pada hari raya Aidilfitri mahupun Aidiladha, melainkan kerana sakit.

Muhammad bin Qudamah meriwayatkan, katanya: Aku mendengar Syuja‘ bin Makhlad berkata: Aku mendengar Abu Yusuf berkata:

“Seorang anakku telah meninggal dunia, maka aku tidak menghadiri urusan persiapannya mahupun pengebumiannya. Aku menyerahkannya kepada jiran-jiranku dan kaum kerabatku, kerana bimbang akan terlepas daripadaku sesuatu (ilmu) daripada Abu Hanifah yang penyesalannya tidak akan hilang daripadaku.”

Sumber:

Qimah al-Zaman ‘Inda al-‘Ulama oleh Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan