Soalan:
Mengapakah al-Bukhari tidak meriwayatkan hadis daripada
al-Syafi’i?
Jawapan Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari:
Al-Bukhari tidak meriwayatkan hadis daripada al-Syafi’I dalam
al-Sahih kerana dua sebab (selain daripada faktor kependekan sanad (uluw
al-sanad), al-Syafi’i berumur pendek, dan al-Khatib al-Baghdadi mempunyai
satu juzuk (karya) mengenai topik ini):
Pertama: Al-Syafi’i kerap kali berkata: "Telah
mengkhabarkan kepada kami orang yang terpercaya (thiqah)", atau
"Telah mengkhabarkan kepadaku orang yang tidak aku pertikaikan."
Kedua: Perawi-perawi yang al-Syafi’i meriwayatkan
daripada mereka, di dalam kalangan mereka terdapat perawi-perawi yang daif dan majhul
(tidak dikenali). Al-Syafi’i sendiri telah memberikan peringatan terhadap keadaan
sebahagian daripada mereka.
Sebab yang ketiga: Al-Syafi’i bukanlah seorang yang
luas periwayatannya, dan hadis-hadis yang beliau riwayatkan secara sahih adalah
sedikit. Sebahagian besarnya bukan mengikut kriteria al-Bukhari. Manakala hadis
daripadan al-Syafi’i yang menepati kriteria al-Bukhari telah pun sedia ada pada
al-Bukhari melalui jalan sanad yang lebih pendek.
Al-Bukhari telah menukilkan daripada al-Syafi’i sebanyak dua
kali di dalam Sahihnya, sekali dalam Kitab Zakat di bawah tajuk: Bab
Pada Harta Karun (Rikaz) Ada Satu Perlima (Zakat), dan sekali lagi di
dalam Kitab Jual Beli di bawah tajuk: Bab Tafsir al-'Araya.
Sumber:
Mausu’ah Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari
(16/251).


Tiada ulasan:
Catat Ulasan