Isnin, 14 Julai 2014

Syeikh Hasan al-Masyath





Nama

Nama beliau ialah Hasan bin Muhammad bin Abbas bin Ali bin Abdul Wahid bin Abbas al-Masyath al-Manafi al-Quraisyi al-Makki al-Maliki. Nasab beliau bersambung sehingga Abdul Manaf bin Qusai al-Quraisyi. Beliau bermazhab Ahli Sunnah wal Jama’ah (Asya’irah & Maturidiyyah) dari segi akidah dan bermazhab Maliki dari segi fiqh.

Ketika muda


Tarikh lahir

Beliau dilahirkan pada tahun 3 Syawal 1317H bersamaan 4 Februari 1900M di Makkah al-Mukarramah.

Madrasah Saulatiyyah
Pendidikan

Sejak kecil beliau telah dihantar oleh bapanya untuk menghafaz al-Quran di pusat penghafazan al-Quran. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Madrasah Saulatiyyah pada tahun 1329H/1911M sehingga menerima kebenaran untuk mengajar pada tahun 1336H/1918M. Setelah selesai pembelajaran di Madrasah Saulatiyyah, beliau berkhidmat pula di madrasah tersebut sebagai tenaga pengajar. Beliau juga turut menutut ilmu di Masjidil Haram dan mengambil ilmu dari para ulama yang mengajar di situ.

Guru-guru beliau

1. Bapa beliau, Syeikh Muhammad al-Masyath

2. Syeikh Abdul Rahman Ahmad ad-Dahan

3. Syeikh Hamdan bin Muhammad al-Wanisi al-Jazairi

4. Syeikh Jamal al-Maliki

5. Syeikh Musytaq Ahmad

6. Syeikh Abdul Sattar ad-Dehlawi

7. Syeikh Umar Ba Junaid

8. Syeikh Muhammad Habibullah asy-Syanqiti

9. Syeikh ‘Isa Ruwas

10. Syeikh Abdullah al-Ghazi

11. Syeikh Muhammad Ali bin Hussain al-Maliki

12. Sayyid ‘Idrus bin Salim al-Bar

13. Syeikh Umar Hamdan al-Mahrisi

Syeikh Umar Hamdan al-Mahrisi


14. Syeikh Abdul Qadir Syalbi

15. Syeikh Muhammad Hasyim al-Futi

16. Syeikh Khalifah an-Nabhani

17. Syeikh Muhammad al-Khidr bin Mayabi al-Jakani

18. Syeikh Muhammad Abdul Baqi al-Ayubi

Tugas-tugas yang disandang oleh beliau

1. Tenaga pengajar di Masjidil Haram

2. Tenaga pengajar di Madrasah Saulatiyyah

3. Mengajar di Masjid Umawi, Damsyik ketika rehlah beliau ke sana pada tahun 1377H

4. Mengajar di Masjid Hussain, Kaherah pada tahun 1364H

5. Pengerusi Jami’ah Tahfiz al-Quran pada tahun 1391H.

Murid 

Beliau telah melahirkan ramai cendekiawan yang terkemuka, di antaranya:

1. Syeikh Muhammad Yassin al-Fadani



2. Syeikh Ismail Uthman Zain al-Yamani



3. Syeikh Muhammad Alawi al-Maliki



4. Syeikh Abdul Fattah Rawah

5. Syeikh Zakariyya Bila

6. Beliau juga merupakan guru kepada kebanyakan tuan-tuan guru di Malaysia, Indonesia dan Fatani, seperti:

a. Tuan Guru Haji Salleh Musa, Pondok Sik, Kedah



b. Tuan Guru Haji Hasyim bin Abu Bakar, Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan



c. Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki



d. Tuan Guru Haji Abdullah, Pondok Lubuk Tapah



e. Tuan Guru Haji Abdullah Sijang



Penulisan

1. Is’af Ahl al-Iman bi Wazaif Syahri Ramadhan

2. Is’af Ahl al-Islam bi Wazaif al-Hajj illa Bait Allah al-Haram

3. Al-Bahjah as-Saniyyah Fi Syarh al-Kharidah fi ‘Im at-Tauhid

4. Nasa’ih Diniyyah wa Wasaya Hammah

5. Inarah ad-Duja fi Maghazi Khairi al-Wara

6. Raf’u al-Istar ‘an Mahya Mukhadirat Thal’ah al-Anwar fi ‘Ilm Athar an-Nabi al-Mukhtar

7. Ta’liqat Syarifah ‘ala Lubab al-Usul fi Usul al-Fiqh

8. Ath-Thabat a-Kabir

9. Al-Hudu al-Bahi’ah fi al-Qawa’id al-Mantiqiyyah

10. At-Tuhfah as-Saniyyah fi Ahwal al-Warithah al-Arba’iniyyah

11. Al-Taqrirat as-Saniyyah fi Syarh al-Manzumah al-Baiquniyyah

12. Al-Jawahir ath-Thamaniyyah fi Adillah ‘Alim al-Madaniyyah

13. Al-Irsyad bi Zikr Ba’d Mali Min al-Ijazah wa al-Isnad

14. Bughyah al-Mustarsyidin bi Tarjamah al-Aimmah al-Mujtahidin Radiyallahu ‘Anhum

15. At-Tarjamah az-Zatiyyah

Kematian

Beliau meninggal dunia pada hari Rabu 7 Syawal 1399H bersamaan 31 Ogos 1979M dan dikebuikan di Perkuburan al-Ma’lah, Mekkah al-Mukarramah.

Rabu, 18 Jun 2014

Bacalah kisah para ulama'


*Ini bukan tulisan asal saya. Saya cuma sebarkan sahaja.


Ibnu Khalikan (m.681H) dalam mukaddimah kitabnya Wafayatul A’yan -yakni kitab tentang biografi para ulama' yang mulia- berkata:

“Aku ceritakan kisah sekelompok orang-orang mulia yang telah aku saksikan dan aku nukil khabar daripada mereka, atau mereka yang sezaman denganku tetapi aku belum pernah bertemu dengan mereka, adalah agar orang yang datang setelahku dapat mengetahui keadaan mereka”. (Mukaddimah Wafayahl al-A’yan).

Sesungguhnya membaca biografi ulama' adalah pengubat jiwa. Padanya terdapat kesembuhan bagi mereka yang kehausan akan suri tauladan dan padanya terdapat cahaya sebagai petunjuk jalan kebaikan. Tak lupa, mengetahui kehidupan para ulama berfungsi sebagai cermin yang akan memperlihatkan kelemahan diri yang nantinya sebagai bahan perbaikan.

Umar bin al-Khattab r.a berkata: “Hendaklah kalian mendengar cerita-cerita tentang orang-orang yang memiliki keutamaan, kerana hal itu termasuk dari kemuliaan dan padanya terdapat kedudukan dan kenikmatan bagi jiwa”. (‘Ainul Adab wa As-Siyasah).

Imam al-Baihaqi, Imam Ibnu Kathir dan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menulis secara khusus tentang biografi Imam asy-Syafi’e. 

Sedangkan Imam Ibnul Jauzi menulis manaqib Imam Ahmad.

Adapula sebahagian ahli ilmu yang menempuh cara lain yakni mereka menulis biografi ulama berdasarkan thabaqat (tingkatan) ulama dari segi masa hidup, daerah, ilmu atau mazhabnya yang sama.

Thabaqat mazhab Hanafi

1. Ath-Thabaqat as-Sunniyah fi Tarajim al-Hanafiyah karya Taqiyuddin bin Abdul Qadir ad-Darimi.

2. Al-Jawahirul Madhiyyah fi Thabaat al-Hanafiyah karya al-Quraisy.

Thabaqat mazhab Maliki

1. Tartib al-Madarik wa Taqrib al-Masalik li Ma’rifah al-A’lam Mazhab al-Imam Malik karangan al-Qadhi Iyadh.

Thabaqat mazhab asy-Syafi’e

1. Thabaqat asy-Syafi’eyyah al-Kubra karangan as-Subki

2. Thabaqat asy-Syafi’eyyah karya Ibnu Hidayah al-Husaini.

Thabaqat mazhab Hanbali

1. Thabaqat al-Hanabilah oleh al-Qadi Abi Ya’la

2. Adz-Dzailu ‘ala Thabaqatil Hanabilah karangan Ibnu Rajab.

Ada juga penulisan berdasarkan disiplin ilmu tertentu seperti Thabaqat al-Mufassirin, yang mana ad-Dawudi dan as-Suyuti telah menulisnya.

Thabaqah para hafiz hadis, terdapat kitab Tadzkirah al-Huffaz karangan az-Zahabi. Az-Zahabi juga ada menulis thabaqah para qari (ahli al-Quran) yakni Ma’rifah al-Qurra’al-Kibar.

Sedangkan thabaqah ahli nahu, padanya terdapat karangan as-Suyuti berjudul Bughyah al-Wu’ah.

Adapula yang menulis secara khusus para ulama di daerah atau tempat tertentu, seperti Tarikh Baghdad karangan Khatib al-Baghdadi. Tarikh Dimasyqi oleh Ibnu Asakir. Akhbar Ashfahan karangan Abu Nu’aim. Bughyah at-Thalab fi Tarikh Halab oleh Ibnul ‘Adim dan Tarikh Irbil oleh Ibnul Mustaufi.”

Dan masih banyak lainnya.

Ali bin Abdur Rahman bin Huzail berkata: “Ketahuilah, bahawa membaca kisah-kisah dan sejarah-sejarah tentang orang yang memiliki keutamaan akan memberikan kesenangan dalam jiwa seseorang. Kisah-kisah tersebut akan melegakan hati serta mengisi kehampaan. Membentuk watak yang penuh semangat dilandasi kebaikan, serta menghilangkan rasa malas”. ('Ainul Adab wa As-Siyasah).

Oleh kerana itu wahai saudaraku, cubalah engkau membaca kisah-kisah para ulama', nescaya engkau akan mendapatkan penyejuk jiwa:

“Barangsiapa belum mencuba maka belum tahu hasilnya,
Maka cubalah, niscaya engkau akan mendapatkan bukti ucapan saya”.

(Manzumah ash-Shan’ani fil Hajj).

Khamis, 12 Jun 2014

Tuan Guru Hj. Ismail bin Omar (Baba Eil Sepanjang)


*Ini bukan tulisan asal saya. Saya cuma sebarkan sahaja.


Kelahiran dan Keluarga

Nama asal beliau ialah Ismail bin Omar atau lebih dikenali sebagai Baba Eil Sepanjang. Baba ialah panggilan bagi seorang Tuan Guru di Patani. Beliau dilahirkan di Kampung Dusun Sepanjang, daerah Penarik, Patani kira-kira 20 km dari Bandar Patani. Beliau merupakan anak lelaki tunggal di antara 3 orang adik-beradik beliau.



Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kampung Dusun Sepanjang. Kemudian, beliau menyambung pendidikan di pondok berdekatan rumahnya (200 meter) ketika usia 14 tahun. Beliau dihantar belajar agama oleh keluarganya dengan al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Latif. Selain itu, beliau juga berguru dengan al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman dengan mendalami pelbagai ilmu antaranya Tafsir, Hadis, Feqah, Nahu dan lain-lain. Manakala tiba musim cuti semester, Baba Eil pergi belajar di pondok lain pula bagi mengisi masa lapang.

Ketika umur beliau mencapai 21 tahun, beliau berpindah ke Pondok Haji Abdul Qader Sekam (Baba Der Sekam) yang terkenal dengan ilmu tauhid untuk belajar di sana sehinggalah umur beliau 30 tahun. Ketika di sana, beliau bukan sekadar belajar malah beliau juga turut mengajar kepada para pelajar di pondok tersebut. Beliau juga mula menerima undangan mengajar masyarakat sekitar. Antara tempat yang beliau masih mengajar hingga ke hari ini ialah Masjid Yala (lebih 21 tahun) dan Masjid Patani (lebih 22 tahun).

Ketika umur beliau 29 tahun, beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Hajah Sabariah binti Tuan Guru Haji Abdul Aziz (Pengarang Kitab Misbahul Munir). Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan 5 cahaya mata (2 lelaki dan 3 perempuan).Selepas itu, ketika berumur 31 tahun beliau telah pergi ke Mekah dan bermuqim di sana selama 7 bulan.


Membuka pondok

Pada tahun 1993, setelah kembali dari Mekah, barulah Baba Eil membuka pondok di Kampung Kubang Ikan, Bandar Narathiwat yang dikenali dengan nama Maahad Darul Muhajirin. Dalam tempoh tersebut, beliau juga selalu berulang-alik ke Kelantan untuk memenuhi jemputan mengajar. Akhirnya pada tahun 1998, pondok beliau telah berpindah ke kampung beliau sendiri di Kampung Dusun Sepanjang hinggalah ke hari ini.

Rutin harian beliau dipenuhi dengan mengajar agama kepada pelajar yang datang dari pelbagai pelosok, dalam dan luar negara seperti Kemboja, Malaysia dan Burma tanpa menerima sebarang bayaran. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 200 orang pelajar yang sedang menuntut di pondok beliau. Pengajian berlangsung sepanjang tahun melainkan pada waktu cuti iaitu 15 Sya’ban hingga 15 Syawal ( 2 bulan ), cuti Raya Haji ( seminggu ) dan bulan Rabiulawal ( 1 bulan ).

Selain itu, Baba Eil juga memberi khidmat masyarakat dengan mengajar pada setiap hari Sabtu di Masjid Patani dan setiap Ahad di Masjid Yala. Kuliah Baba Eil sering disiarkan di radio tempatan.



Kitab yang diajar oleh beliau

Antara kitab yang diajar oleh beliau ialah:

a. Tauhid

1. Nur az-Zolam Syarah Aqidah al-Awwam karya Syeikh Nawawi al-Bantani.

2. Tuhfah al-Murid Syarah Jauharah at-Tauhid karya Imam Ibrahim al-Bajuri.

3. Dur as-Samin fi Aqaid al-Mu’min karya Syeikh Daud al-Fathani.

4. Mizan az-Zarari karya beliau sendiri.

5. Bakurah al-Amani karya Pak Da Eil.

6. Misbah al-Munir fi Ma’rifah Allah al-Qadir karya Tuan Guru Abdul Aziz bin Ismail al-Fathani, bapa mertua Baba Ismail Sepanjang.

7. Mawaiz al-Iman karya beliau sendiri.

8. Fath al-Majid Syarh Durr al-Farid fi Aqaid Ahl at-Tauhid karya Syeikh Nawawi al-Bantani.

9. Hasyiah asy-Syarqawi ‘ala al-Hudhudi karya Imam Abdullah asy-Syarqawi.

10. Mawaqif al-Marjan karya beliau sendiri.

b. Tafsir

1. Futuhat al-Ilahiyyah Syarah Tafsir al-Jalalain karya Imam Sulaiman bin Umar al-Jamal

2. Tafsir Nur al-Ihsan karya Tuan Guru Muhammad Sa’id bin Umar Khatib.

c. Hadis

1. Hasyiah al-Ajhuriy 'ala Syarh al-Zurqani 'ala al-Baiquniyyah karya Syeikh ‘Atiyyah al-Ajhuriy as-Syafi'e al-Azhari.

2. Futuhat al-Rabbaniyyah Syarah al-Azkar an-Nawawiyyah karya Imam Ibnu ‘Allan as-Siddiqi.

3. Dalil al-Falihin fi Turuqqi Riyadh as-Salihin karya Imam Ibnu ‘Allan as-Siddiqi.

e. Fiqh dan Usul fiqh

1. Hasyiah al-Bajuri ‘ala Syarah Ibnu Qassim al-Ghazi ‘ala Matan Abi Syuja’ karya Imam Ibrahim al-Bajuri.

2. Hasyiah an-Nafahat ‘ala Syarh al-Waraqat.

3. Hasyiah asy-Syarqawi ‘ala at-Tahrir karya Imam Abdullah asy-Syarqawi.

f. Tasawwuf

1. Penawar bagi hati karya Syeikh Abdul Qadir al-Mandili.

2. Mukhtasar at-Tazkirah al-Qurtubi karya Imam Abdul Wahab asy-Sya’rani.


Mengarang kitab

Selain mengajar, Baba Eil memenuhi masa lapang dengan mentelaah dan mengarang kitab. Antara kitab karangan Baba Eil ialah:

1. Mizan az-Zarari

2. Hikam Jawi

3. Mawaiz al-Iman

4. Mawaqif al-Marjan

Selain itu, Baba Eil juga telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Persatuan Ulama Fathoni.