*Ini bukan tulisan asal saya. Saya cuma sebarkan sahaja.
“Sungguh saya telah berjumpa dengan beberapa kaum, mereka lebih
bersungguh-sungguh dalam menjaga waktu mereka daripada kesungguhan kalian untuk
mendapatkan dinar dan dirham.”
(Imam Hasan Basri)
Saudaraku,
Waktu adalah salah satu di antara nikmat Allah yang paling berharga dan agung bagi manusia. Cukup bagi kita kesaksian al-Quran tentang betapa agungnya tentang nikmat yang satu ini. Banyak ayat al-Quran yang menunjukkan tentang kepentingan waktu, ketinggian tingkatannya, dan juga pengaruhnya yang besar. Bahkan Allah telah bersumpah dengan waktu dalam kitab-Nya yang mulia dan ayat-ayat-Nya yang luhur dalam konteks yang berbeza-beza. Allah yang urusan-Nya yang begitu agung telah bersumpah dengan waktu malam, siang, fajar, subuh, saat terbenamnya matahari, waktu dhuha, dan dengan masa.
Waktu adalah salah satu di antara nikmat Allah yang paling berharga dan agung bagi manusia. Cukup bagi kita kesaksian al-Quran tentang betapa agungnya tentang nikmat yang satu ini. Banyak ayat al-Quran yang menunjukkan tentang kepentingan waktu, ketinggian tingkatannya, dan juga pengaruhnya yang besar. Bahkan Allah telah bersumpah dengan waktu dalam kitab-Nya yang mulia dan ayat-ayat-Nya yang luhur dalam konteks yang berbeza-beza. Allah yang urusan-Nya yang begitu agung telah bersumpah dengan waktu malam, siang, fajar, subuh, saat terbenamnya matahari, waktu dhuha, dan dengan masa.
Hanya orang-orang hebat dan mendapatkan taufik dari Allah, yang mampu
mengetahui kepentingan waktu lalu memanfaatkanya seoptimum mungkin. Dalam
sebuah hadis disebutkan:
“Dua nikmat yang banyak manusia tertipu dalam keduanya, iaitu nikmat sihat
dan waktu luang.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Ramai manusia tertipu dengan keduanya. Maknanya, orang yang mampu
memanfaatkan hanya sedikit. Kebanyakan manusia lalai dan tertipu dalam
memanfaatkannya.
Saudaraku,
Allah memberikan kita setiap hari “modal” waktu kepada semua manusia di
muka bumi ini adalah sama, yaitu 24 jam sehari, 168 jam seminggu, 672 jam
sebulan, dan seterusnya. Namun kenapa prestasi kita boleh berbeza? Dalam waktu
yang sama, Mereka mampu berbuat dan berkarya seperti berikut:
1. Rasulullah SAW : Dalam waktu 23 tahun dapat membangun peradaban
Islam yang tetap ada sampai sekarang. Baginda mengikuti lebih kurang 80
peperangan dalam tempho waktu kurang dari 10 tahun, santun terhadap fakir
miskin, menyayangi isteri dan kerabat, dan yang luar biasa adalah beliau
seorang pemimpin umat yang boleh membagi waktu untuk umat dan keluarga secara
seimbang.
2. Zaid bin Thabit : Beliau dapat menguasai bahasa Parsi hanya dalam
tempoh waktu 2 bulan. Beliau adalah setiausaha kepada Rasulullah dan penghimpun
ayat al-Quran dalam sebuah mushaf.
3. Abu Hurairah : Masuk Islam usia 26 tahun. Namun ketika meninggal di
tahun 57 H, beliau meriwayatkan 5374 hadis!
4. Anas bin Malik : Pelayan rasulullah sejak usia 10 tahun, dan bersama
dengan Rasulullah selama 20 tahun. Meriwayatkan 2286 Hadits.
5. Abu Hasan bin Abi Jaradah : Sepanjang hidupnya beliau menulis
kitab-kitab penting yang memenuhi tiga buah almari.
6. Abu Bakar al-Anbari : Ketika dalam permusafiran beliau akan membaca
sebanyak sepuluh ribu halaman buku bagi setiap bandar yang beliau berhenti.
7. Syekh Ali at-Thantawi : Membaca 100-200 halaman setiap hari. Jika
didarab dengan umurnya yang 70 tahun, beliau sudah membaca 5,040,000 halaman
buku. Artikel yang telah dimuat di media massa sebanyak tiga belas ribu
halaman. Dan yang hilang lebih dari itu.
8. Ibnu Jarir at-Thabari : Beliau menulis tafsir al-Qur’an sebanyak 30000
muka surat,menulis kitab sejarah juga 30000 muka surat. Setiap hari beliau
menulis sebanyak 40 muka surat selama 40 tahun. Jumlahnya karya Ibnu Jarir
berjumlah lebih kurang 584000 muka surat.
9. Ibnu Aqil : Beliau menulis kitab yang paling tebal dalam sejarah
iaitu Kitab al-Funun. Kitab ini memuatkan pelbagai jenis ilmu. Imam az-Zahabi
mengomentari tentang kitab ini, bahwa di dunia ini tidak ada karya tulis yang
diciptakan setara dengannya. Menurut Ibnu Rajab, sebahagian orang mengatakan
bahwa jilidnya mencapai 800 jilid.
10. Al-Baqilani tidak tidur hingga beliau menulis 35 lembar tulisan.
11. Ibnu al-Jauzi senantiasa menulis dalam seharinya lebih kurang 4
buah buku tulis. Dengan waktu yang dimilikinya, beliau mampu menghasilkan 2000
jilid buku. Bekas rautan penanya dapat digunakan untuk memanaskan air yang
dipakai untuk memandikan mayat beliau, bahkan masih ada sisanya.
12. Iman an-Nawawi setiap harinya belajar 12 mata pelajaran, dan
memberikan komentar dan catatan tentang pelajarannya tersebut. Umur beliau
singkat, meninggal pada umur 45 tahun, namun karya beliu sangat banyak dan
masih dijadikan sumber rujukan oleh umat muslim saat sekarang ini.
Masih banyak lagi contoh-contoh luar biasa lainnya. Kenapa tidak banyak
orang yang boleh menyamai mereka? Padahal waktu yang diberikan Allah kepada
mereka sama dengan waktu yang diberikan Allah pada hamba-Nya yang lain? Jawabannya
adalah kebijaksanaan mengurus waktu.
Saudaraku,
Contohilah generasi salafus soleh umat ini, dimana mereka telah
menunjukkan contoh-contoh yang mengagumkan dalam memanfaatkan waktu,
detik-detik umur dan setiap hembusan nafas untuk amal kebajikan. Dengan mengetahui
jalan hidup orang-orang soleh dan kesungguhan mereka dalam memanfaatkan detik-detik
umur mereka dalam ketaatan, mereka memiliki pengaruh besar di hati seorang
muslim iaitu pengaruh dalam menumbuhkan dan membangunkan ghairah untuk memanfaatkan
waktu dan memaksimumkan detik-detik usia dalam perkara-perkara yang
mendekatkannya kepada Allah. Mari kita telusuri kisah indah dan uniknya mereka
dalam memanfaatkan waktu:
Para genarasi salafus shaleh umat ini sangat bersemangat untuk menjaga
waktu hingga dalam keaadaan sakit dan sakratul maut
- Al-Biruni, seorang ahli ilmu falak, matematik, fizik dan ahli sejarah
serta menguasai lima bahasa yaitu bahasa Arab, Suryani, Sanskrit, Parsi dan
India. Saat detik-detik terakhir hidup beliau, beliau tetap mempelajari masalah
faraid (waris). Lalu seorang berkata kepada beliau, “layakkah engkau
bertanya dalam keadaan seperti ini?” Beliau menjawab, “kalau aku meninggalkan
dunia ini dalam keadaan mengetahui ilmu dalam persoalan ini, bukankah itu lebih
baik dari pada aku hanya sekedar dapat membayangkannya saja, tidak tahu ilmu
tentangnya.” Tidak lama setelah itu beliau wafat.
- Ibrahim bin Jarrah berkata, “ ketika Imam Abu Yusuf Al Qadhi sakit,
saya menziarahinya. Dia dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Ketika
tersadar, dia berkata kepadaku, “hai Ibrahim, bagaimana pendapatmu dalam
masalah ini?” Saya menjawab, “Dalam
keadaan seperti ini?” Dia menjawab, “Tidak apa-apa, kita perlu sentiasa
belajar.” Lalu aku pulang. Ketika aku baru sampai di pintu rumah, aku mendengar
tangisan. Ternyata dia telah meninggal.
-Ibnu Taimiyyah selalu menelaah dan menyemak pelajarannya sehingga saat
beliau sakit atau bermusafir. Ibnu Qayyim berkata, Syaikh kami Ibnu Taimiyah
pernah menuturkan kepadaku, Ketika suatu saat aku terserang sakit, maka doktor
mengatakan kepadaku, “sesungguhnya kesibukan anda menelaah dan membincangkan
ilmu ini akan menambah parah penyakitmu.”
Maka saya katakan kepadanya, “saya tidak mampu bersabar dalam hal itu.
Saya ingin menyangkal teori yang engkau miliki. Bukankah jiwa merasa senang dan
gembira, maka tubuhnya akan semakin kuat dan dapat menahan sakit? Doktor
itu pun menjawab, “Benar.” Lantas saya katakan kepadanya, “Sesungguhnya
jiwaku merasa bahagia dengan ilmu, dan tubuh badanku semakin kuat dengannya.
Maka, saya pun mendapat ketenangan. Lalu doktor itu menjawab , “Hal ini
di luar bidang perubatan kami.”
Menyingkatkan waktu makan dan mengurangi makan agar tidak selalu sering
ke tandas
Kesungguhan generasi salafus soleh umat ini dalam memanfaatkan waktu sampai pada tahap mereka merasa mereka telah membazirkan waktu yang diguna untuk makan, maka mereka mempersingkatkan seboleh yang mungkin.
Kesungguhan generasi salafus soleh umat ini dalam memanfaatkan waktu sampai pada tahap mereka merasa mereka telah membazirkan waktu yang diguna untuk makan, maka mereka mempersingkatkan seboleh yang mungkin.
-Daud at-Tha’i makan al-fatit (roti yang dibasahkan dengan air). Dia
tidak makan roti kering (tanpa dibasahkan dengan air). Pembantunya bertanya, “Apakah
tuan tidak berhasrat makan roti kering?” Daud at-Tha’i menjawab, "Saya mempunyai waktu yang cukup untuk
membaca 50 ayat sementara menunggu roti kering menjadi lembut.”
-Ibnu Rajab al-Hanbali berkata, telah diceritakan kepada kita, Ibnu
Aqil berkata, “Aku memendekkan semaksima mungkin masa yang digunakan untuk
makan, sehingga aku lebih memilih memakan roti kering yang dicelup ke dalam air
daripada makan rot kering, kerana
memerlukan waktu yang lebih untuk mengunyahnya. Masa yang senggang sementara
menunggu roti itu lembut dapat aku gunakan untuk membaca dan menulis suatu
faedah yang sebelumnya tidak aku ketahui.”
-Syamsul al-Asbahani, seorang tokoh mazhab asy-Syafi’e, pakar fiqh dan
tafsir. Diceritakkan bahawa beliau menunjukkan kecintaan yang mendalam terhadap
ilmu dan sifat ‘bakhil’ beliau untuk menyia-nyiakan waktu. Sebagian sahabatnya
pernah menuturkan bahawa beliau sangat mengindari makan yang banyak, yang
tentunya akan memerlukan banyak minum, dan selanjutnya memerlukan waktu masuk
tandas sehingga waktu pun banyak terbuang.
Lihatlah! bagaimana mahalnya waktu dalam pandangan imam yang mulia ini.
Dan tidaklah waktu itu mahal bagi beliau melainkan kerana betapa mahalnya ilmu
tersebut.
Memanfaatkan waktu perjalanan dengan membaca buku, berzikir, menuntut ilmu,
bahkan menyampaikan hadis.
-Said bin Jabir berkata, “Saya pernah bersama Ibnu Abbas berjalan di
salah satu jalan di Mekah pada malam hari. Dia mengajari saya beberapa buah hadis
dan saya menulisnya ketika saya berada di atas kendaraan dan paginya saya
menulisnya kembali di atas kertas”
-Tentang Fath bin Khaqan, beliau
membawa kitab dalam saku bajunya. Apabila beliau bangun dari tempat duduknya
untuk solat atau buang air kecil atau untuk keperluan lainnya, beliau membaca
kitabnya hingga sampai ke tempat ingin dia tuju. Beliau juga melakukan hal
tersebut ketika kembali dari keperluanya.
-Imam an-Nawawi tidak pernah
menyia-nyiakan waktunya, baik diwaktu siang atau pun malam, kecuali menyibukkan
dirinya dengan ilmu. Sehingga ketika beliau berjalan di jalanan, beliau
mengulang-ngulang ilmu yang telah dihafalnya, atau membaca buku yang telah
ditelaahnya sambil berjalan. Beliau melakukan itu selama enam tahun.
- Ibnu Khayyath an-Nahwi, meninggal pada tahun 320 H. Diceritakan bahawa beliau belajar sepanjang waktu, hingga saat beliau sedang berada di jalanan. Sehingga terkadang, beliau terjatuh ke dalam lubang atau terlanggar dengan binatang.
Memanfaatkan waktu-waktu makan, saat istirahat , bahkan saat di tandas
sekalipun untuk membaca atau mendengar ilmu.
-Ahmad bi Ali berkata kepada Abdur Rahman bin Abu Hatim Ar-Razi, “Apa
penyebabnya anda banyak mendengar hadis dari bapakmu? Adakah anda banyak
bertanya kepadanya?” Dia menjawab, “Mungkin karena ketika dia makan,
saya belajar hadis kepadanya. Ketika berjalan, saya belajar kepadanya. Ketika
dia buang hajat, saya belajar kepadanya dan ketika dia masuk rumah untuk
mencari sesuatu, saya belajar kepadanya.”
-Semaklah cerita Ibnu Aqil tentang bagaimana dia menjaga waktunya, dia
berkata, “Tidak halal bagiku untuk menyia-nyiakan sesaat saja dari umurku,
sehingga apabila lisanku telah lelah membaca dan berdiskusi, mataku telah lelah
membaca, maka aku menggunakan fikiran aku dalam keadaan beristirahat (berbaring
di tempat tidur). Aku tidak akan berdiri, kecuali telah terlintas di benakku
apa yang akan aku tulis. Dan aku mendapati kesungguhanku belajar imu ketika
usia 80 tahun lebih kuat daripada apa yang ku dapati ketika aku berumur 20
tahun.”
-Ibnu Qayyim berkata, telah memberitahukan kepadaku saudara syeikh
kami, Abdur Rahman bin Abdul Halim Bin
Taimiyah dari ayahnya berkata, “Adalah datuk kami ( iaitu Majduddin Bin
Taimiyah) apabila dia masuk ke tandas, dia berkata kepadaku, “Bacalah buku ini
untukku, keraskanlah suaramu sehingga aku mendengarkannya. Maka Ibnu Rajab
mengomentari, “ hal ini menunjukkan akan kuatnya semangat beliau terhadap ilmu,
sekaligus semangatnya untuk menggapainya, dan juga penjagaan beliau terhadap
waktunya.
-Ibnu Nafis, seorang ulama dan doktor terkemuka yang unggul. Beliau
senantiasa menjaga setiap waktunya dan kesempatannya untuk menulis idea dan pemikirannya.
Beliau adalah orang yang terkemuka dalam ilmu kedoktoran dan memiliki banyak
karya dalam bidang kedoktoran. Diceritakan bahwa beliau mencatat sejumlah
persoalan kedoktoran disela-sela mandinya yaitu mengenai denyut nadi.
Melakukan dua aktiviti yang secara sekaligus, untuk mengoptimalkan
waktu-waktu yang tersedia.
Sungguh para ulama salafus soleh sangat berhati-hati sekali menjaga waktunya,
mereka tidak akan membiarkan waktunya terbuang begitu sahaja dan berlalu
sia-sia. Mereka bijak dalam mengurus waktu. Mereka mampu melakukan dua aktiviti
sekaligus dalam waktu yang sama. Seperti yang telah disebutkan diatas, mereka
belajar sambil berjalan, mendengarkan ilmu ketika di tandas, memecahkan
persoalan yang rumit disela-sela mandinya, membaca buku saat makan, belajar
disela-sela kesibukan berdagang, memikirkan idea dan gagasan ilmu di saat
berbaring di atas katil, dan masih banyak lagi contoh-contoh yang mengagumkan
tentang kisah para ulama salah dalam menguruskan waktu. Bahkan mereka tetap
memanfaatkan waktu ketika memenuhi kewajiban mengadiri undangan dan menerima
tamu.
-Ibnu Jauzi tetap bekerja tanpa meninggalkan berbicara saat dikunjungi tetamu.
Beliau menuturkan sendiri tentang bagaimana beliau memanfaatkan waktunya, “
Saat saya menyadari bahawa waktu adalah sesuatu yang paling berharga, maka
sudah menjadi kewajiban memanfatkan waktu tersebut untuk berbuat kebajikan. Maka
saya tidak menyukai kebiasaan tersebut ( maksudnya kebiasaan bertamu yang tidak
membawa manfaat yang banyak), dan tidak suka berlama-lama dengan mereka. Kalau
saya menyalahkan mereka, maka akan terjadi kekurang akraban kerana tindakan itu
berarti memutus pertalian hati. Kalau saya mengikuti mereka, maka waktu
terbuang sia-sia. Akhirnya saya berusaha menghindari pertemuan seboleh mungkin. Kalau saya kalah, maka
saya cukup berbicara sedikit saja agar cepat berpisah. Kemudian saya sengaja
menyiapkan berbagai pekerjaan sambil terus berbicara pada saat berjumpa dengan
mereka, agar waktu tak terbuang sia-sia. Untuk menyiapkan pertemuan dengan
mereka, saya sengaja memotong-motong kertas, meraut pensel, mengikat buku-buku
kerana semua itu adalah aktiviti yang dapat dilakukan tanpa berfikir dan
tumpuan yang tinggi. Maka, semua pekerjaan itu saya siapkan untuk saat
pertemuan dengan mereka, agar waktu saya tidak terbuang secara sia-sia.”
-Imam Sulaim ar-Razi, beliau meninggal pada tahun 447 H. Beliau amat
berdisiplin dalam menjaga sifat waraknya. Beliau selalu melakukan muhasabah
dalam soal waktu. Beliau tidak pernah membiarkan waktu berlalu tanpa manfaat
tetapi dipenuhi dengan aktiviti menulis, mengajar, membaca atau menyalin ilmu
dalam jumlah banyak. Abu faraj menuturkan, “Al-mualli bin Hasan pernah
menceritakan kepadaku bahwa dia melihat Sulaim ar-Razi sedang memegang pena
yang matanya sudah tumpul. Dia memotong kayu dihujung penanya, sambil bibirnya
bergerak-gerak. Al-Mu’amil akhirnya tahu, bahawa dia membaca sesuatu sambil
memperbaiki penanya, sehingga tidak ada waktu yang terbuang sia-sia”. Yakni,
saat kedua tangannya bekerja, beliau menggerak-gerakkan bibirnya untuk
berzikir, agar tidak ada waktu berlalu sia-sia, tanpa melakukan ibadah kepada
Allah.
-Ada ulama yang mensyaratkan kepada orang yang mengundangnya ke acara
walimahan agar disediakan baginya tempat yang agak lapang untuk guna meletakkan
bukunya, yang akan beliau baca disela-sela mengadiri pesta tersebut. Kalau
tidak ada, maka beliau lebih memilih untuk tidak mengadiri acara tersebut.
Mengurangi tidur, dan mengisi malamnya dengan menuntut Ilmu dan ibadah
Sebahagian besar manusia waktu malamnya dimanfaatkan untuk tidur. Jika
pun tidak digunakan untuk tidur, mereka menggunakannya untuk perkara yang
melalaikan yang tidak membawa manfaat untuk dunia dan akhiratnya. Namun tidak
bagi generasi salafus soleh umat ini. Mereka menyedari kemulian zaman, mereka
tahu akan hakikat waktu, waktu cepat berlalu, kalau berlalu tidak akan boleh
kembali lagi. Mereka menyedari bahawa umur itu singkat, jadi tidak ada jalan
lain bagi mereka selain mengurangi tidur mereka.
-Muhammad bin Hasan asy- Syaibani tidak tidur malam kecuali sangat sedikit
sekali. Beliau adalah seorang imam ahli fiqh, ahli ijtihad dan ahli hadis. Beliau
lahir tahun 132 H, dan meninggal 189 H. Diceritakan bahawa beliau sering tidak
tidur malam. Beliau biasanya meletakkan beberapa jenis buku disisinya. Bila
bosan membaca satu buku, beliau akan menelaah yang lain. Beliau menghilangkan
rasa mengantuk dengan air, seraya berkata, “Sesungguhnya tidur berasal dari
panas.”
-Imam an-Nawawi menuturkan mengenai gurunya al-Hafiz al- Mundziri, “Saya
belum pernah melihat dan mendengar seorang pun yang paling bersungguh-sungguh
dalam menyibukkan diri dengan ilmu selain dirinya. Dia senantiasa sibuk di
waktu malam dan siang hari. Saya pernah berdampingan dengannya di sebuah
madrasah di Kaherah. Selama 12 tahun, rumahku berada diatas rumahnya. Selama
itu pula saya belum pernah bangun malam pada setiap jam, melainkan cahaya lampu
senantiasa menyala di rumahnya, sedangkan dia hanyut dalam ilmu. Bahkan ketika
makan pun ia sibuk dengan ilmu.
-Imam an-Nawawi, seorang imam yang terkemuka, syeikhul Islam dan banyak
menghasilkan karya. Beliau datang ke Damsyik pada tahun 649 H dan menetap di
sana iaitu di Madrasah ar-Rawahiyah. Beliau berkata tentang diri beliau, “Saya
menetap disana selama dua tahun. Selama itu, saya nyaris tidak pernah tidur.”Beliau
berhasil menghafal kitab at-Tanbih selama 4-5 bulan dan membaca seperempat
kitab al-Muhazzab dengan hafalan.
Inilah keadaan orang-orang soleh dan kisah-kisah mereka, beginilah
seharusnya kita memanfaatkan setiap detik waktu kita. Lalu bagaimana dengan
kita? Saudaraku, mereka beruntung sementara engkau terlelap. Mereka meraih
kemenangan, sementara engkau meraih tangan kosong. Maka segera kita manfaatkan
detik-detik umur kita. Tekadkan dalam hati bahawa hari ini kita akan memanfaatkan
waktu dengan sebaik-baiknya dan memandang setiap kesempatan adalah penting. Mari
persembahkan karya yang paling baik dan bermanfat, di usia kita yang pendek
ini.
Manfaatkan waktu mu ke hal-hal yang positif :)
BalasPadamhttp://goo.gl/ic8K14