إِنَّ أَقَلَّ سَاكِنِي
الْجَنَّةِ النِّسَاءُ
Terjemahan
“Sesungguhnya
penghuni syurga yang paling sedikit adalah wanita.”
Riwayat
Muslim dalam Sahihnya (2738).
Imam
al-Munawi rahimahullah mensyarahkan
hadis ini dalam Faidh al-Qadir bahawa jumlah wanita dalam syurga adalah sedikit
pada permulaan sahaja iaitu sebelum wanita-wanita yang lain keluar daripada azab
neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Imam al-Qurtubi rahimahullah dalam al-Tazkirah menjelaskan: “Kemungkinan ini adalah sewaktu wanita-wanita (yang lain) berada dalam neraka. Adapun selepas mereka keluar (dari neraka) dengan syafaat dan rahmat Allah sehingga tidak tinggal dalam neraka seorang pun yang mengucap La ilaha illallah, maka wanita dalam syurga adalah lebih banyak.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan