Hadis ini dinamakan sebagai Mawquf kerana hadis ini hanya terhenti sekadar
sahabat radiallahu ‘anhum sahaja dan tidak melepasi had itu, iaitu tidak
sampai sanad tersebut hingga kepada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam.
Namun sebahagian ulama menamakan hadis ini sebagai Athar,
sebagaimana mereka menamakan hadis Marfu’ sebagai Khabar.
Hukum Berhujah Dengannya
Hadis Mawquf
boleh dihukum sebagai sahih, hasan ataupun daif. Namun ianya tidak boleh
dijadikan hujah sekalipun sempurna kesahihannya kerana ia hanyalah kata-kata
sahabat radiallahu ‘anhum atau perbuatan mereka.
Namun, sekiranya hadis Mawquf tersebut telah pasti kesahihannya, maka ia
mampu menguatkan sesetengah hadis yang daif kerana perbuatan sahabat biasanya
adalah berdasarkan kepada sunnah Nabi sallahu ‘alaihi wasallam. Ini
berlaku sekiranya ia tidak mempunyai hukum Marfu’ (Mawquf yang
bersifat Marfu’)
Namun sekiranya ia mempunyai hukum Marfu’, maka
riwayat tersebut dapat dijadikan sebagai hujah sama seperti Marfu’ juga.
[Kamus Istilah Hadis, Sayyid Abdul Majid al-Ghauri,
hlm. 556]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan