Muhammad bin Abi Hatim al-Warraq[1]
berkata:
“Aku pernah mendengar Muhammad bin Isma’il (al-Bukhari)
berkata:
“Murid-murid ‘Amru bin ‘Ali (al-Fallas)[2]
pernah berbincang denganku tentang sebuah hadis. Maka aku katakan bahawa aku
tidak mengetahui tentangnya.”
Mereka berasa gembira tentang perkara tersebut.
Mereka kemudian bertemu dengan ‘Amru bin Ali dan berkata
kepadanya: “Kami berbincang dengan Muhammad bin Isma’il al-Bukhari tentang
suatu hadis dan dia tidak mengetahuinya.”
‘Amru bin ‘Ali lalu berkata: “Hadis yang tidak diketahui
oleh Muhammad bin Isma’il adalah bukan hadis (sebenarnya).”
Sumber:
Tarikh Baghdad oleh al-Khatib al-Baghdadi.
[1] Al-Warraq
ini merupakan salah seorang murid rapat dan jurutulis kepada Imam al-Bukhari.
Beliau sentiasa melazimi Imam al-Bukhari semasa bermukim dan bermusafir serta
banyak menyalin kitab-kitab al-Bukhari. Beliau ada menulis tentang biografi
al-Bukhari bertajuk Syamail al-Bukhari. Al-Khatib al-Baghdadi,
al-Zahabi dan ulama yang lain banyak menukilkan maklumat tentang al-Bukhari
daripada kitab ini.
[2] ‘Amru bin ‘Ali al-Fallas (meninggal dunia 249 Hijrah) adalah seorang imam, al-Hafiz dan al-Naqid (pakar hadis). Beliau merupakan guru kepada imam hadis yang enam, Abu Hatim al-Razi dan Abu Zur’ah al-Razi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan