هَلْ يَكُونُ مَعَ الشُّهَدَاءِ غَيْرُهُمْ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ؟ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ
نَعَمْ: مَنْ ذَكَرَ الْمَوْتَ كُلَّ يَوْمٍ
عِشْرِينَ مَرَّةً.
Hadis ini disebutkan oleh
al-Ghazali dalam kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din.
Menurut
al-‘Iraqi dalam Takhrij Ahadith Ihya’, al-Fattani dalam Tazkirah
al-Maudhu’at (ms. 213) dan al-Syaukani dalam al-Fawaid
al-Majmu’ah (no. 175), tidak ditemui baginya sanad yang bersambung
sehingga nabi sallahu ‘alaihi wasallam. Oleh itu hadis ini dianggap
sebagai hadis yang tidak ada sumber asal baginya (la asla lahu).
Imam
Muhamamd Murtadha al-Zabidi dalam Ithaf al-Sadah al-Muttaqin menyebutkan
hadis berikut sebagai ganti hadis di atas:
عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ
اللَّهِ، لَيْسَ الشَّهِيدُ إِلَّا مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، فَقَالَ: يَا
عَائِشَةُ، إِنَّ شُهَدَاءَ أُمَّتِي إِذًا لَقَلِيلٌ، مَنْ قَالَ فِي يَوْمٍ
خَمْسَةً وَعِشْرِينَ مَرَّةً: اللَّهُمَّ بَارِكْ فِي الْمَوْتِ، وَفِيمَا بَعْدَ
الْمَوْتِ، ثُمَّ مَاتَ عَلَى فِرَاشِهِ، أَعْطَاهُ اللَّهُ أَجْرَ شَهِيدٍ.
Daripada
Aisyah, beliau berkata: “Wahai Rasulullah, bukanlah seorang itu dikira
sebagai syahid kecuali sesiapa yang terbunuh di jalan Allah.”
Rasululullah sallahu
‘alaihi wasallam bersabda: “Wahai, sesungguhnya syuhada’
umatku jika demikian sangat sedikit. Sesiapa yang mengucapkan setiap hari
sebanyak 25 kali:
اللَّهُمَّ
بَارِكْ فِي الْمَوْتِ، وَفِيمَا بَعْدَ الْمَوْتِ
“Ya Allah, berkatilah ketika
kematianku dan selepas kematianku.”
Kemudian
dia mati di atas katilnya, Allah akan memberikannya pahala syahid.”
Diriwayatkan
oleh al-Thabarani dalam Mu’jam al-Ausath (no. 7676).
Namun begitu hadis ini juga sama ada sangat daif ataupun palsu. Dalam sanadnya ada perawi bernama Muhammad bin Musa
al-Istakhri (محمد بن موسى الإصطخري).
Menurut Ibnu Hajar dalam kitab Lisan al-Mizan (7/541), dia seorang
perawi yang tidak dikenali (majhul) dan meriwayatkan hadis yang palsu.
Begitu juga yang disebutkan oleh Ibnu ‘Arraq dalam kitab Tanzih al-Syari’ah
al-Marfu’ah (1/115). Dalam sanadnya juga terdapat perawi-perawi lain yang
tidak dikenali sebagaimana kata al-Haithami dalam Majma’
al-Zawaid (5/390).
Cukuplah
hadis ini sebagai ganti kepada dua hadis di atas:
أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَادمِ
اللَّذَّاتِ يَعْنِي الْمَوْتَ.
“Banyakkanlah
mengingati penghancur segala kenikmatan, iaitu kematian.”
Riwayat al-Tirmizi
(no. 2307) dan kata beliau: “Hadis ini hasan gharib.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan