Syamsuddin al-Sakhawi berkata dalam al-Qaul
al-Badi’:
Aku mendengar guruku, Ibnu Hajar berkata
beberapa kali: Syarat beramal dengan hadis daif ada tiga:
1. (Syarat yang) disepakati ke atasnya iaitu
hadis tersebut tidak terlampau lemah. Maka terkeluar (daripada hadis daif yang
boleh diamalkan iaitu) hadis yang diriwayatkan secara bersendirian oleh pendusta,
perawi yang dituduh berdusta dan perawi yang terlampau banyak membuat
kesalahan.
2. Hendaklah (isi kandungan hadis daif
tersebut) terkandung dalam asal (al-Quran dan hadis) yang umum. Maka terkeluar (daripada
hadis daif yang boleh diamalkan) iaitu hadis yang mengandungi sesuatu (arahan atau
ibadah) yang baru yang tiada ada asal baginya.
3. Tidak berkeyakinan ketika beramal hadis
tersebut bahawa ia benar-benar sabit daripada nabi sallahu ‘alaihi wasallam
supaya tidak menisbahkan kepada baginda apa yang tidak baginda katakan.
Ibnu Hajar berkata: “Dua syarat yang terakhir
tersebut adalah daripada Ibnu Abd al-Salam dan Ibnu Daqiq al-‘Eid. Syarat yang
pertama dinaqalkan oleh al-‘Ala’ie bahawa disepakati atas syarat itu.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan