1 - Al-Imam
al-Nawawi rahimahullah menyebutkan dalam kitab al-Majmu’ (5/42):
“Disunatkan
menghidupkan dua malam hari raya dengan solat atau selainnya daripada bentuk
ketaatan. Dan telah berhujah baginya para ulama kami dengan hadis Abi Umamah
daripada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam:
مَنْ
أَحْيَا لَيْلَتَيْ الْعِيدِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ
“Sesiapa yang menghidupkan dua malam hari raya, tidak
akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati (manusia).”
Dalam riwayat al-Syafi’e dan Ibnu Majah:
مَنْ قَامَ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ
تَعَالَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ حِينَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ
“Sesiapa yang menghidupkan dua malam hari raya kerana
Allah Ta’ala, tidak akan mati hatinya ketika matinya hati-hati (manusia).”
…dan sanad-sanadnya secara keseluruhan adalah daif.
2 - Malam hari raya juga termasuk antara waktu yang dimustajabkan doa sebagaimana kata Imam al-Syafi’e dalam al-Umm:
“Dan telah sampai kepada kami (khabar) bahawa
dikatakan doa itu dimakbulkan pada lima malam:
1. Malam Jumaat.
2. Malam raya Aidil Adha.
3. Malam raya Aidil Fitri.
4. Malam pertama bulan Rejab.
5. Malam Nisfu Sya’ban.
3 - Al-Imam
al-Khatib al-Syirbini rahimahullah menjelaskan dalam Mughni al-Muhtaj (1/592):
“Disunatkan menghidupkan dua malam hari raya dengan solat atau selainnya berdasarkan khabar:
“Disunatkan menghidupkan dua malam hari raya dengan solat atau selainnya berdasarkan khabar:
مَنْ أَحْيَا لَيْلَتَيْ الْعِيدِ
لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ
“Sesiapa yang menghidupkan dua malam hari raya, tidak
akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati (manusia).”
Diriwayatkan oleh al-Daraqutni secara mauquf. Berkata
(al-Nawawi) dalam al-Majmu’: “Sanad-sanadnya daif.” Meskipun begitu, disunatkan
menghidupkan (malam hari raya) kerana hadis daif diamalkan dalam fadhail al-a’mal...”
Kesimpulannya, disunatkan menghidupkan malam hari raya
dengan apa jenis amal ibadat seperti solat sunat, zikir, tilawah al-Quran,
tasbih, takbir, istighfar dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan