مَنْ بَاتَ عَلَى طَهَارَةٍ،
ثُمَّ مَاتَ مِنْ لَيْلَتِهِ مَاتَ شَهِيدًا
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci
kemudian dia mati pada malam itu maka dia mati sebagai seorang syahid.”
Diriwayatkan oleh Ibnu al-Sunni dalam ‘Amal al-Yaum
Wa al-Lailah daripada Anas bin Malik.
Dalam sanadnya terdapat Sulaiman bin Salamah
al-Khabairi dan gurunya, Yunus bin ‘Atha’ al-Shuda’ie, mereka berdua adalah matruk
(sangat lemah) bahkan dituduh (memalsukan hadis). (المداوي لعلل الجامع
الصغير وشرحي المناوي)
Dalam hadis yang lain:
Dalam hadis yang lain:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ،
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَوْصَى رَجُلًا إِذَا أَخَذَ مَضْجَعَهُ أَنْ يَقْرَأَ سُورَةَ الْحَشْرِ،
وَقَالَ: «إِنْ مُتَّ مُتَّ شَهِيدًا» . أَوْ قَالَ: «مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ»
“Daripada Anas bin Malik radiallahu ‘anhu,
Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam mewasiatkan kepada seorang lelaki bahawa
jika ingin tidur bacalah surah al-Hasyr dan baginda bersabda: “Jika kamu mati,
kamu mati sebagai seorang syahid” atau (syak perawi) baginda bersabda: “daripada
ahli syurga.”
Diriwayatkan oleh Ibnu al-Sunni dalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah. Dalam sanadnya terdapat Yazid bin Aban al-Raqasyi, dia adalah daif.
Diriwayatkan oleh Ibnu al-Sunni dalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah. Dalam sanadnya terdapat Yazid bin Aban al-Raqasyi, dia adalah daif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan