Al-Imam
Muhammad Hayy al-Laknawi ada menyebutkan bahawa kitab-kitab fiqh walaupun ia
adalah kitab yang muktabar dari segi membincangkan masalah-masalah furuk,
tetapi tidak boleh dipegang secara pasti hadis-hadis yang terdapat di dalamnya.
Tidak boleh hanya disebabkan hadis ada dalam kitab-kitab fiqh maka ia diyakini
secara pasti bahawa ia warid daripada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam. Betapa
banyak hadis-hadis yang disebutkan dalam kitab-kitab yang muktabar sedangkan
ianya adalah palsu.
Jika
penulis kitab tersebut dikalangan ahli hadis, ya, mungkin dapat dipegang
hadis-hadis yang disebut oleh penulis kitab atau jika penulis menyandarkan
hadis-hadis tersebut kepada kitab-kitab hadis maka mungkin kita boleh
menerimanya jika dia benar dalam menukilkannya..
Allah
telah menjadikan setiap ilmu ini ada pakarnya. Ada dikalangan ahli hadis yang
hanya terlibat dalam bidang hadis tanpa terlibat dalam bidang fiqh dan usul.
Begitu juga di kalangan ahli fiqh yang hanya terlibat dengan masalah-masalah
fiqh tanpa mencampuri bidang periwayatan hadis.
Al-Imam Mulla Ali al-Qari mengkritik pengarang kitab
al-Nihayah dan para pensyarah kitab al-Hidayah(fiqh mazhab Hanafi) yang
memuatkan hadis palsu tentang mengqadha solat fardu pada Jumaat terakhir bulan
Ramadhan dapat menampung solat yang telah luput selama 70 tahun. Kata Mulla
'Ali al-Qari: "Mereka bukan ahli hadis (walaupun mereka adalah ahli fiqh)."
Rujuk:
Catatan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah ke atas kitab al-Ajwibah al-Fadilah, ms. 30.
Kalau hadis2 dlm kitab feqah adalah palsu maka tidak bolehlah kita berpegang dgn isi kandungan kitab itu .. nampaknya kena pikir2 sendirilah ttg hukum-hakam ni ..ikut suka masing2 lah buat hukum ..??? Boleh kah kita buat hukum sendiri ..??? Harap penjelasan lebih terperinci ..
BalasPadamBukan semua hadis dalam kitab-kitab fiqh adalah palsu. Ada beberapa buah sahaja. Jumlahnya masih sedikit jika dibandingkan dengan jumlah hadis dalam keseluruhan kitab. Tidak perlu menolak keseluruhan kitab hanya disebabkan wujud sedikit hadis palsu di dalamnya.
PadamPara ulama hadis mengambil berat untuk mentakhrij hadis dalam kitab-kitab fiqh seperti kitab Talkhis al-Habir karya al-Hafiz Ibnu Hajar yang mengeluarkan sumber-sumber hadis dalam kitab syarah al-Wajiz oleh al-Rifaie.
Teguran Al-Imam Muhammad Hayy al-Laknawi di atas adalah kerana wujud individu tertentu yang berpegang dengan hadis dalam kitab fiqh tanpa disemak terlebih dahulu statusnya kerana beranggapan ia wujud dalam kitab fiqh yang muktabar.