إِذَا اقْشَعَرَّ جِلْدُ الْعَبْدِ مِنْ خَشْيَةِ
اللهِ تَحَاتَّتْ عَنْهُ ذُنُوبُهُ كَمَا يَتَحَاتُّ عَنِ الشَّجَرَةِ الْيَابِسَةِ
وَرَقُهَا
Terjemahan
“Apabila bergetar
kulit seorang hamba itu kerana takutkan Allah, gugurlah daripadanya
dosa-dosanya sebagaimana gugurnya daun daripada pokok.”
Riwayat al-Bazzar
dalam Musnad (1322), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (782),
al-Hakim al-Termizi dalam Nawadir al-Usul (504) dan (731), al-Khatib
al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad (5/90), Abu Nu’aim dalam Ma’rifah
al-Sahabah (8022) dan lain-lain daripada al-‘Abbas secara marfu’.
Al-Hafiz al-‘Iraqi dalam al-Mughni kata sanadnya daif.
Al-Hafiz al-Munziri
dalam al-Targhib wa al-Tarhib mengisyaratkan hadis ini daif.
Al-Hafiz al-Haithami
kata dalam Majma’ al-Zawaid: “Dalam sanadnya terdapat Ummu Kulthum
binti al-‘Abbas dan aku tidak mengenalinya. Baki perawi-perawinya adalah
thiqah.”
Al-Hafiz Ahmad al-Ghumari dalam al-Mudawi mengkritik
bahawa hadis ini tidak didaifkan dengan sebab tidak tahunya al-Hafiz
al-Haithami tentang Ummu Kulthum tetapi disebabkan kedaifkan salah seorang
perawinya iaitu Abdul ‘Aziz bin Muhammad al-Hammawi.
Dalam hadis yang lain:
عَنِ الْعَبَّاسِ قَالَ: كُنَّا جُلُوسًا مَعَ
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَحْتَ شَجَرَةٍ، فَهَاجَتِ
الرِّيحُ، فَوَقَعَ مَا كَانَ فِيهَا مِنْ وَرَقٍ نَخِرٍ، وَبَقِيَ فِيهَا مَا
كَانَ مِنْ وَرَقٍ أَخْضَرَ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: مَا مَثَلُ هَذِهِ الشَّجَرَةِ؟. قَالَ الْقَوْمُ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ
أَعْلَمُ. قَالَ: مَثَلُهَا مَثَلُ الْمُؤْمِنِ، إِذَا اقْشَعَرَّ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ
وَقَعَتْ عَنْهُ ذُنُوبُهُ وَبَقِيَتْ لَهُ حَسَنَاتُهُ.
Daripada al-‘Abbas
beliau berkata:
“Kami duduk bersama
Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam dibawah sepohon pokok. Kemudian
bertiuplah angin lalu gugurlah daun-daun yang layu dan kekallah daun yang masih
hijau. Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apakah perumpamaan
daripada pokok ini?” Para sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih
mengetahui.” Rasulullah menjawab: “Perumpamaannya seperti seorang mukmin. Apabila
bergetar (badannya) kerana takutkan Allah, gugurlah daripadanya dosa-dosanya dan
kekallah pahala-pahalanya.”
Riwayat Abu Ya’la
dalam Musnad (6703) dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (783)
daripada al-‘Abbas.
Kata al-Hafiz
al-Busiri dalam Ithaf al-Khairah al-Maharah: “Diriwayatkan oleh Abu
Ya’la al-Mausuli dan al-Baihaqi dengan lafaz yang satu dengan sanad yang daif.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan