Selasa, 29 Mei 2018

Doa Untuk Orang Sakit


[Hadis Pertama]

عَنْ عَائِشَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُعَوِّذُ بَعْضَ أَهْلِهِ، يَمْسَحُ بِيَدِهِ اليُمْنَى وَيَقُولُ: اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ البَاسَ، اشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

Daripada 'Aisyah radliallahu 'anha, (beliau meriwayatkan bahawa) Nabi shallallahu 'alaihi wasallam selalu meminta perlindungan untuk sebahagian ahli keluarganya (daripada sakit). Baginda mengusap dengan tangan kanannya (pada tempat yang sakit) sambil berdoa:

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ البَاسَ، اشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

Ya Allah, (Tuhan yang memelihara) manusia, Tuhan yang menghilangkan kesusahan, sembuhkanlah, sesungguhnya Engkau yang menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan melainkan dari kesembuhan-Mu. Kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit lagi."

[Riwayat al-Bukhari]

Doa ini juga yang dibacakan oleh Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam apabila menziarahi orang sakit sebagaimana dalam riwayat Muslim.

[Hadis Kedua]

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ الثَّقَفِيِّ، أَنَّهُ شَكَا إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَعًا يَجِدُهُ فِي جَسَدِهِ مُنْذُ أَسْلَمَ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ، وَقُلْ بِاسْمِ اللهِ ثَلَاثًا، وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

Daripada Usman bin Abi al-'Ash radhiyallahu anhu, beliau mengadu kepada Rasulullah shalallahu alaihi wasalam akan suatu penyakit yang ada dalam tubuhnya, lalu Rasulullah shalallahu alaihi wasalam bersabda padanya:

"Letakkanlah tanganmu pada tempat yang engkau rasa sakit dari tubuhmu itu, kemudian ucapkanlah "Bismillah" tiga kali, lalu ucapkanlah pula sebanyak tujuh kali:

أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

Aku memohon perlindungan dengan kemuliaan Allah dan kekuasaanNya dari keburukannya sesuatu yang aku alami dan aku takutkan."

[Riwayat Muslim]

[Hadis Ketiga]

وعن ابن عباسٍ، رضي اللَّه عنهما، عن النبيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَالَ: "مَنْ عَادَ مَرِيضاً لَمْ يَحْضُرْهُ أَجَلُهُ، فقالَ عِنْدَهُ سَبْعَ مَرَّات: أَسْأَلُ اللَّه الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشفِيَك: إِلاَّ عَافَاهُ اللَّه مِنْ ذلكَ المَرَضِ

Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, daripada Nabi shalallahu alaihi wasalam, baginda bersabda:

"Sesiapa yang menjenguk orang sakit yang belum tiba lagi ajal kematiannya, lalu orang yang menjenguk tadi mengucapkan untuk orang yang sakit itu sebanyak tujuh kali:

 أَسْأَلُ اللَّه الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشفِيَك

"Aku mohon kepada Allah yang Maha Agung, yang menguasai 'arasy yang agung, semoga menyembuhkan penyakitmu."

Melainkan Allah akan menyembuhkan orang tadi dari penyakit yang dideritainya.

[Riwayat Abu Daud dan al-Termizi. Sanadnya sahih menurut al-Imam al-Nawawi dalam kitab al-Azkar]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan