Dari RasūliLlāh, seseorang yang menghendaki istrinya melahirkan anak laki-laki, hendaknya ia meletakkan tangannya pada perut istrinya di awal kehamilannya, dan membaca do'a ini :
بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ اللَّهُمَّ إنِّي أُسَمِّي مَا فِي بَطْنِهَا
محمدا فَاجْعَلْهُ لِي ذَكَرًا
"Bismi-Llāhi-r Rahmāni-r Rahīm.
Ya Allāh, sesungguhnya bayi yang ada di
perutnya (ini) akan aku beri nama "Muhammad", maka jadikan ia
untukku laki-laki",
...maka bayi yang ada di perut istrinya akan
lahir sebagai laki-laki, in syā Allāh.
Ulasan:
1 – Riwayat ini telah disebutkan oleh
al-Bujairimi dalam Hashiyyah al-Bujairimi ‘Ala Syarah al-Khatib ‘Ala Abi
Syuja’ (jil. 1, hlm. 352, terbitan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah). Al-Bujairmi
tidak menyebutkan sumber rujukan bagi hadis ini.
2 - Tidak ditemui sumber asal bagi riwayat ini dalam mana-mana rujukan hadis bersanad. Sesuatu hadis perlu dibuktikan kewujudannya dalam kitab-kitab hadis bersanad. Jika tidak dapat dibuktikan maka ia dianggap sebagai riwayat yang tidak ada asal baginya (la asla lahu). Ini adalah disiplin yang perlu dipatuhi di sisi ulama hadis. Kewujudannya dalam kitab Hashiyyah al-Bujairimi adalah tidak memadai kerana kitab Hashiyyah al-Bujairimi bukanlah rujukan asli hadis yang bersanad.
3 – Dakwaan bahawa hadis ini benar berdasarkan
tajribah (pengalaman atau ujikaji) juga tidak dapat diterima di sisi
ahli hadis kerana ahli hadis menilai kebenaran sesuatu hadis berdasarkan penilaian
sanad dan matannya. Kebenaran matannya tidak memestikan ia diucapkan oleh Nabi
sallahu ‘alihi wasallam walaupun semua yang baginda ucapkan adalah benar.
Tambahan lagi tidak ditemui sanad bagi riwayat ini.
4 – Baca tulisan saya sebelum ini berkenaan
peringatan Imam Muhammad Abdul Hayy al-Laknawi bahawa bukan semua hadis-hadis
dalam kitab fiqh dapat dipegang secara pasti:
Bukan semua hadis yang disebutkan dalam kitab-kitab fiqh dapat dipegang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan