جَالِسُوا الْكُبَرَاءَ، وَخَالِطُوا الْحُكَمَاءَ،
وَسَائِلُوا الْعُلَمَاءَ.
“Hendaklah kalian
bergaul dengan Kubara, dan bertanya dengan Ulama dan bercampur dengan Hukama
(orang yg mempunyai hikmah).”
Hadis ini
telah disebutkan oleh Muhammad Faris di Facebooknya.
Takhrij
Hadis
Hadis ini
telah diriwayatkan secara marfu’ daripada ucapan Nabi sallahu ‘alaihi
wasallam dan secara mauquf daripada ucapan Abu Juhaifah.
Riwayat
yang marfu’ telah diriwayatkan oleh al-Thabrani dalam al-Mu’jam
al-Kabir, Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil dan al-Baihaqi dalam al-Madkhal
Ila ‘al-Sunan melalui jalur sanad:
Abdul
Malik bin al-Hussein
daripada Salamah bin Kuhail daripada Abu Juhaifah daripada Rasulullah salallahu
‘alaihi wasallam.
Sanad hadis
ini sangat daif. Al-Haithami berkata dalam Majma’ al-Zawaid: “Dalam
sanadnya ada Abdul Malik bin al-Hussein Abu Malik al-Nakha’i. Dia adalah perawi
yang mungkar hadisnya (munkar al-hadith).”
Menurut
Ibnu ‘Adi, Abdul Malik bin al-Hussein telah meriwayatkan hadis ini secara marfu’
sedangkan perawi yang lain
meriwayatkannya secara mauquf.
Riwayat
yang marfu’ juga telah diriwayatkan melalui jalur yang lain.
Al-Kharaiti
meriwayatkan dalam Makarim al-Akhlak melalui perawi Muhammad bin Malik
dan al-Khattabi dalam al-‘Uzlah daripada Uthman bin ‘Atha al-Khurasani,
kedua mereka (Muhammad bin Malik dan Uthman bin ‘Atha) meriwayatkan daripada Salamah bin Kuhail daripada Abu
Juhaifah daripada Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam.
Sanad ini juga daif. Muhammad bin Malik tidak ditemui biografinya dan Uthman bin ‘Atha
al-Khurasani adalah perawi yang daif.
Riwayat yang
mauquf telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf,
al-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibnu Hibban dalam Raudhah al-‘Uqala’
dan al-Baihaqi dalam al-Madkhal Ila ‘al-Sunan daripada jalur sanad:
Zakariyya
bin Abi Zaidah daripada Ali bin al-Aqmar daripada ucapan Abu Juhaifah.
Sanadnya sahih.
Status
Hadis
Kesimpulannya,
hadis ini lebih tepat merupakan ucapan Abu Juhaifah dan tidak
sahih daripada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam.
Al-Baihaqi
berkata: “Hadis ini diriwayatkan daripada jalur yang lain daripada Abu
Juhaifah secara marfu’ dan riwayat yang marfu’ daif.”
Al-Haithami
berkata: “Riwayat yang mauquf sahih sanadnya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan