إِنَّ مَفَاتِيْحَ الرٍّزْقِ مُتَوَجِّهَةٌ نَحْوَ
العَرْشِ، فَيُنْزِلُ اللهُ تَعَالَى عَلَى النَّاسِ أَرزَاقَهُمْ عَلًى قَدْرِ
نفَقَاتِهِم، فَمَنْ كَثَّرَ كُثِّرَ لَهُ، وَمَنْ قَلَّلَ قُلِّلَ لَهُ
"Sesungguhnya kunci-kunci rejeki itu menghadap ke arah Arasy, lalu Allah turunkan rejeki-rejeki itu kepada umat manusia sesuai kadar (kebutuhan) nafkah mereka. Barangsiapa banyak kebutuhannya, maka akan diperbanyak rejekinya. Dan barangsiapa sedikit kebutuhannya, maka sedikit pula rejekinya."
Hadis ini telah
disebutkan di Facebook Gus Dewa Menjawab.
Ulasan:
Hadis ini
telah diriwayatkan daripada hadis Anas bin Malik dan al-Zubair dengan lafaz
yang berbeza-beza.
Hadis Anas
telah diriwayatkan oleh al-Daraqutni dalam al-Mustajad (no. 77),
al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad (4/30), Qiwam al-Sunnah dalam
al-Targhib Wa al-Tarhib (no. 1555) dan al-Dailami dalam al-Firdaus
(no. 8554) daripada jalur perawi:
Al-Waqidi daripada Muhammad bin Ishaq
daripada Anas daripada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam.
Al-Hafiz al-‘Iraqi
dalam Takhrij al-Ihya’ berkata:
“Dikeluarkan
oleh al-Daraqutni dalamnya (yakni kitab al-Mustajad) dan dalam sanadnya ada
al-Waqidi daripada Muhammad bin Ishaq daripada al-Zuhri secara ‘an’an dan tidak
sahih.”
Dr Khaldun
al-Ahdab dalam Zawaid Tarikh Baghdad (2/257) menghukumkan sanad hadis
ini sebagai palsu kerana al-Waqidi adalah perawi yang matruk
dan dituduh berdusta oleh Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih dan Ali bin
al-Madini. Manakala Dr Basyar ‘Awadh Ma’ruf dalam tahqiq Tarikh Baghdad
menghukumkannya sebagai sangat daif.
Lafaz
riwayat al-Daraqutni:
يا زبيرُ، إن مفاتيح الرزق
بإزاء العرش، وقال المصري: إنَّ باب الرزق مفتوح بإزاء العرش - وقالا جميعاً:
يُنزلُ الله للعباد - وقال المصري: إلى العباد، أرزاقهم على قدر نفقاتهم، فمن
قُلَّلَ قُللَ له، ومن كَثَّر كُثُّر له.
Lafaz riwayat al-Khatib al-Baghdadi:
يا زبير، إنَّ باب الرَّزق
مفتوح بباب العرش، يُنْزِلُ الله على العباد أرزافَهم على قدر نفقاتهم، فمن قلّلَ
قلّلَ له، ومن كثَّرَ كثَّرَ له.
Lafaz riwayat Qiwam al-Sunnah:
إن مفاتيح أرزاق العباد
بإزاء العرش، ببعث الله إلى عباده على قدر نفقتهم، من قلَّل قُلِّل له، ومن كثَر
كُثّر له.
Lafaz riwayat al-Dailami:
إن مفاتيح الرزق بإزاء العرش،
ينزل الله عزّ وجلّ للعباد أرزقهم على نفقاتهم لمن كثر كثر له ومن قلل قلل له.
Hadis Zubair telah diriwayatkan oleh Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil
(6/571), Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’ (10/73) dan Ibnu al-Jauzi
dalam al-Maudhu’at (2/531) daripada jalur perawi:
Abdullah bin Muhammad bin Yahya bin Urwah bin al-Zubair daripada
Hisyam bin Urwah daripada Fathimah binti al-Munzir daripada Asma’ binti Abu
Bakar daripada al-Zubair daripada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam:
يا زبيرُ، إنّ باب الرّزق
مفتُوح من لَدُن العَرْش إلى قرار بَطْن الأرْض، فيرزُقُ الله كلّ عبْدٍ على قذْر
هِمّته، يا زبير إن الله يحِبُّ السّخاء، ولَوْ بفلق تَّرَةٍ ويحبّ الشجاعة ولو
بقّتْل الحية والعَقْرب.
Ibnu al-Jauzi berkata: “Hadis ini tidak sahih. Ibnu
‘Adi berkata: bagi Abdullah bin Muhammad hadis-hadis yang tidak ada sokongan
baginya daripada perawi-perawi thiqah. Ibnu Hibban berkata: Dia meriwayatkan hadis-hadis
palsu daripada perawi-perawi yang mantap (al-athbat). Tidak boleh menulis
hadisnya.”
Penilaian Ibnu al-Jauzi dipersetujui oleh al-Suyuti
dalam al-Laali al-Masnu’ah (2/91) dan Ibnu ‘Arraq dalam Tanzih
al-Syariah al-Marfu’ah (2/129).
Kesimpulan
Hadis ini adalah hadis yang palsu atau sekurang-kurangnya adalah hadis yang sangat daif. Tidak harus menyebarkannya dan menyandarkannya kepada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan