Doa Selepas Solat Hari Jumaat 3.
(Dan daripada Saiyidina Anas) رضى الله عنه,
“Barang siapa membaca pada Hari Jumaat
(sebanyak) 70 kali akan Doa ini:
اللهم اغننى بفضلك عمن سواك وبحلالك عن حرامك
[Allahumma aghnini bifadlika ‘amman siwak wa
bihalalika ‘an haramika]
(Nescaya) tiada lalu (menempuhi) atasnya 2
(kali) Jumaat hingga dikayakan dia (orang yang beramal dengan Doa ini oleh)
Allah Taala”.
Ulasan:
Saya temui hadis ini di halaman Facebook Pengajian Kitab Kuning.
Hadis ini telah disebutkan oleh Abu Syuja’ al-Dailami
dalam al-Firdaus (no. 5557). Menurut muhaqqiq kitab berkenaan,
hadis ini tidak disebutkan sanadnya oleh anak Abu Syuja’ al-Dailami
dalam Musnad al-Firdaus.
Kitab al-Firdaus telah dikarang oleh
Abu Syuja’ al-Dailami untuk menghimpunkan hadis-hadis tanpa disebutkan
sanadnya. Lalu datang anaknya bernama Abu Mansur al-Dailami yang mengarang
Musnad al-Firdaus untuk menyebutkan kembali sanad bagi hadis-hadis yang telah
dikumpulkan oleh ayahnya.
Zakariya Ghulam al-Bakistani dalam al-Ikhbar
Bi Ma La Yasih Min Ahadith al-Azkar (ms. 135) telah menghukumkan hadis ini
sebagai tidak mempunyai sumber asal (لا أصل له) kerana tidak disebutkan sanad
baginya.
Oleh itu
tidak boleh disebarkan hadis ini dan disandarkan kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi
wasallam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan