Selasa, 22 April 2025

Sinopsis Surah al-Bayyinah

 

Surah al-Bayyinah, yang juga dinamakan 'Surah Lam Yakun', ialah surah Madaniyyah (diturunkan selepas Hijrah) yang membahaskan perkaraperkara berikut: 

1 – Sikap Ahli Kitab terhadap seruan dakwah Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam. 

2 – Ketulusan dalam beribadah kepada Allah ʿAzza wa Jalla. 

3 – Nasib golongan yang bahagia dan yang celaka di akhirat. 

Surah yang mulia ini dimulakan dengan pembicaraan tentang Yahudi dan Nasrani serta pendirian mereka terhadap dakwah Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam. Walaupun setelah kebenaran terserlah dan cahayanya bersinar serta mereka telah mengetahui sifatsifat nabi yang diutus pada akhir zaman dan mereka sendiri menantikan kemunculannya, namun ketika baginda diutus, mereka mendustakan dakwahnya serta kufur dan membangkang. 

Surah ini kemudian membicarakan satu unsur penting bagi iman, iaitu ketulusan ibadah kepada Allah SWT. Allah SWT memerintahkan seluruh makhluk-Nya supaya mengkhususkan ibadah hanya kepada Allah SWT serta menjadikan-Nya sebagai tujuan dan tumpuan dalam semua kata, perbuatan dan amalan. 

Surah ini juga turut menyentuh tentang kesudahan bagi para penjahat yang merupakan seburukburuk makhluk iaitu golongan Ahli Kitab dan Musyrikin yang kafir, iaitu kekalnya mereka di dalam api Jahim. Begitu juga disebut tentang kesudahan bagi orangorang beriman yang merupakan pemilik darjat tinggi dan sebaikbaik makhluk yang kekal di syurga-syurga kenikmatan bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Salihin, sebagai balasan terhadap ketaatan dan keikhlasan mereka kepada Tuhan semesta alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan