Isnin, 14 Julai 2014

Syeikh Hasan al-Masyath





Nama

Nama beliau ialah Hasan bin Muhammad bin Abbas bin Ali bin Abdul Wahid bin Abbas al-Masyath al-Manafi al-Quraisyi al-Makki al-Maliki. Nasab beliau bersambung sehingga Abdul Manaf bin Qusai al-Quraisyi. Beliau bermazhab Ahli Sunnah wal Jama’ah (Asya’irah & Maturidiyyah) dari segi akidah dan bermazhab Maliki dari segi fiqh.

Ketika muda


Tarikh lahir

Beliau dilahirkan pada tahun 3 Syawal 1317H bersamaan 4 Februari 1900M di Makkah al-Mukarramah.

Madrasah Saulatiyyah
Pendidikan

Sejak kecil beliau telah dihantar oleh bapanya untuk menghafaz al-Quran di pusat penghafazan al-Quran. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Madrasah Saulatiyyah pada tahun 1329H/1911M sehingga menerima kebenaran untuk mengajar pada tahun 1336H/1918M. Setelah selesai pembelajaran di Madrasah Saulatiyyah, beliau berkhidmat pula di madrasah tersebut sebagai tenaga pengajar. Beliau juga turut menutut ilmu di Masjidil Haram dan mengambil ilmu dari para ulama yang mengajar di situ.

Guru-guru beliau

1. Bapa beliau, Syeikh Muhammad al-Masyath

2. Syeikh Abdul Rahman Ahmad ad-Dahan

3. Syeikh Hamdan bin Muhammad al-Wanisi al-Jazairi

4. Syeikh Jamal al-Maliki

5. Syeikh Musytaq Ahmad

6. Syeikh Abdul Sattar ad-Dehlawi

7. Syeikh Umar Ba Junaid

8. Syeikh Muhammad Habibullah asy-Syanqiti

9. Syeikh ‘Isa Ruwas

10. Syeikh Abdullah al-Ghazi

11. Syeikh Muhammad Ali bin Hussain al-Maliki

12. Sayyid ‘Idrus bin Salim al-Bar

13. Syeikh Umar Hamdan al-Mahrisi

Syeikh Umar Hamdan al-Mahrisi


14. Syeikh Abdul Qadir Syalbi

15. Syeikh Muhammad Hasyim al-Futi

16. Syeikh Khalifah an-Nabhani

17. Syeikh Muhammad al-Khidr bin Mayabi al-Jakani

18. Syeikh Muhammad Abdul Baqi al-Ayubi

Tugas-tugas yang disandang oleh beliau

1. Tenaga pengajar di Masjidil Haram

2. Tenaga pengajar di Madrasah Saulatiyyah

3. Mengajar di Masjid Umawi, Damsyik ketika rehlah beliau ke sana pada tahun 1377H

4. Mengajar di Masjid Hussain, Kaherah pada tahun 1364H

5. Pengerusi Jami’ah Tahfiz al-Quran pada tahun 1391H.

Murid 

Beliau telah melahirkan ramai cendekiawan yang terkemuka, di antaranya:

1. Syeikh Muhammad Yassin al-Fadani



2. Syeikh Ismail Uthman Zain al-Yamani



3. Syeikh Muhammad Alawi al-Maliki



4. Syeikh Abdul Fattah Rawah

5. Syeikh Zakariyya Bila

6. Beliau juga merupakan guru kepada kebanyakan tuan-tuan guru di Malaysia, Indonesia dan Fatani, seperti:

a. Tuan Guru Haji Salleh Musa, Pondok Sik, Kedah



b. Tuan Guru Haji Hasyim bin Abu Bakar, Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan



c. Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki



d. Tuan Guru Haji Abdullah, Pondok Lubuk Tapah



e. Tuan Guru Haji Abdullah Sijang



Penulisan

1. Is’af Ahl al-Iman bi Wazaif Syahri Ramadhan

2. Is’af Ahl al-Islam bi Wazaif al-Hajj illa Bait Allah al-Haram

3. Al-Bahjah as-Saniyyah Fi Syarh al-Kharidah fi ‘Im at-Tauhid

4. Nasa’ih Diniyyah wa Wasaya Hammah

5. Inarah ad-Duja fi Maghazi Khairi al-Wara

6. Raf’u al-Istar ‘an Mahya Mukhadirat Thal’ah al-Anwar fi ‘Ilm Athar an-Nabi al-Mukhtar

7. Ta’liqat Syarifah ‘ala Lubab al-Usul fi Usul al-Fiqh

8. Ath-Thabat a-Kabir

9. Al-Hudu al-Bahi’ah fi al-Qawa’id al-Mantiqiyyah

10. At-Tuhfah as-Saniyyah fi Ahwal al-Warithah al-Arba’iniyyah

11. Al-Taqrirat as-Saniyyah fi Syarh al-Manzumah al-Baiquniyyah

12. Al-Jawahir ath-Thamaniyyah fi Adillah ‘Alim al-Madaniyyah

13. Al-Irsyad bi Zikr Ba’d Mali Min al-Ijazah wa al-Isnad

14. Bughyah al-Mustarsyidin bi Tarjamah al-Aimmah al-Mujtahidin Radiyallahu ‘Anhum

15. At-Tarjamah az-Zatiyyah

Kematian

Beliau meninggal dunia pada hari Rabu 7 Syawal 1399H bersamaan 31 Ogos 1979M dan dikebuikan di Perkuburan al-Ma’lah, Mekkah al-Mukarramah.

Rabu, 18 Jun 2014

Bacalah kisah para ulama'


*Ini bukan tulisan asal saya. Saya cuma sebarkan sahaja.


Ibnu Khalikan (m.681H) dalam mukaddimah kitabnya Wafayatul A’yan -yakni kitab tentang biografi para ulama' yang mulia- berkata:

“Aku ceritakan kisah sekelompok orang-orang mulia yang telah aku saksikan dan aku nukil khabar daripada mereka, atau mereka yang sezaman denganku tetapi aku belum pernah bertemu dengan mereka, adalah agar orang yang datang setelahku dapat mengetahui keadaan mereka”. (Mukaddimah Wafayahl al-A’yan).

Sesungguhnya membaca biografi ulama' adalah pengubat jiwa. Padanya terdapat kesembuhan bagi mereka yang kehausan akan suri tauladan dan padanya terdapat cahaya sebagai petunjuk jalan kebaikan. Tak lupa, mengetahui kehidupan para ulama berfungsi sebagai cermin yang akan memperlihatkan kelemahan diri yang nantinya sebagai bahan perbaikan.

Umar bin al-Khattab r.a berkata: “Hendaklah kalian mendengar cerita-cerita tentang orang-orang yang memiliki keutamaan, kerana hal itu termasuk dari kemuliaan dan padanya terdapat kedudukan dan kenikmatan bagi jiwa”. (‘Ainul Adab wa As-Siyasah).

Imam al-Baihaqi, Imam Ibnu Kathir dan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menulis secara khusus tentang biografi Imam asy-Syafi’e. 

Sedangkan Imam Ibnul Jauzi menulis manaqib Imam Ahmad.

Adapula sebahagian ahli ilmu yang menempuh cara lain yakni mereka menulis biografi ulama berdasarkan thabaqat (tingkatan) ulama dari segi masa hidup, daerah, ilmu atau mazhabnya yang sama.

Thabaqat mazhab Hanafi

1. Ath-Thabaqat as-Sunniyah fi Tarajim al-Hanafiyah karya Taqiyuddin bin Abdul Qadir ad-Darimi.

2. Al-Jawahirul Madhiyyah fi Thabaat al-Hanafiyah karya al-Quraisy.

Thabaqat mazhab Maliki

1. Tartib al-Madarik wa Taqrib al-Masalik li Ma’rifah al-A’lam Mazhab al-Imam Malik karangan al-Qadhi Iyadh.

Thabaqat mazhab asy-Syafi’e

1. Thabaqat asy-Syafi’eyyah al-Kubra karangan as-Subki

2. Thabaqat asy-Syafi’eyyah karya Ibnu Hidayah al-Husaini.

Thabaqat mazhab Hanbali

1. Thabaqat al-Hanabilah oleh al-Qadi Abi Ya’la

2. Adz-Dzailu ‘ala Thabaqatil Hanabilah karangan Ibnu Rajab.

Ada juga penulisan berdasarkan disiplin ilmu tertentu seperti Thabaqat al-Mufassirin, yang mana ad-Dawudi dan as-Suyuti telah menulisnya.

Thabaqah para hafiz hadis, terdapat kitab Tadzkirah al-Huffaz karangan az-Zahabi. Az-Zahabi juga ada menulis thabaqah para qari (ahli al-Quran) yakni Ma’rifah al-Qurra’al-Kibar.

Sedangkan thabaqah ahli nahu, padanya terdapat karangan as-Suyuti berjudul Bughyah al-Wu’ah.

Adapula yang menulis secara khusus para ulama di daerah atau tempat tertentu, seperti Tarikh Baghdad karangan Khatib al-Baghdadi. Tarikh Dimasyqi oleh Ibnu Asakir. Akhbar Ashfahan karangan Abu Nu’aim. Bughyah at-Thalab fi Tarikh Halab oleh Ibnul ‘Adim dan Tarikh Irbil oleh Ibnul Mustaufi.”

Dan masih banyak lainnya.

Ali bin Abdur Rahman bin Huzail berkata: “Ketahuilah, bahawa membaca kisah-kisah dan sejarah-sejarah tentang orang yang memiliki keutamaan akan memberikan kesenangan dalam jiwa seseorang. Kisah-kisah tersebut akan melegakan hati serta mengisi kehampaan. Membentuk watak yang penuh semangat dilandasi kebaikan, serta menghilangkan rasa malas”. ('Ainul Adab wa As-Siyasah).

Oleh kerana itu wahai saudaraku, cubalah engkau membaca kisah-kisah para ulama', nescaya engkau akan mendapatkan penyejuk jiwa:

“Barangsiapa belum mencuba maka belum tahu hasilnya,
Maka cubalah, niscaya engkau akan mendapatkan bukti ucapan saya”.

(Manzumah ash-Shan’ani fil Hajj).

Selasa, 6 Mei 2014

Prof Dr Muhammad al-Zuhaili




Beliau merupakan adik kepada Prof Dr Wahbah az-Zuhaili dan merupakan seorang ulama pengkhususan dalam bidang fiqh.

Nama Penuh: Muhammad Mustafa Al-Zuhaili

Tempat dan Tarikh Lahir:

Beliau dilahirkan di Deir Atiyah, Damsyik, Syria pada 10 Ogos 1941.

Keluarga

Beliau sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

Kelayakan Akademik:

1 - Doktor Falsafah dalam Fiqh Perbandingan dengan kepujian cemerlang dan kelas pertama, tahun 1971, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Al-Azhar.

2 - Diploma Undang-undang Awam, tahun 1968, Diploma Syariah Islam, tahun 1967,  Sarjana dalam Undang-undang, Fakulti Undang-undang,Universiti Kaherah.

3 - Sarjana dalam Fiqh Perbandingan, dengan kepujian cemerlang, tahun 1967, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Al-Azhar.

4 - Diploma Hal Ehwal Perkahwinan (al-Ahwal al-Syakhsiyyah), dengan kepujian cemerlang, tahun 1966, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Al-Azhar.

5 - Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, dengan kepujian sangat baik, tahun 1966, Fakulti Undang-undang, Universiti Damsyik.

6 - Ijazah Sarjana Muda Syariah, dengan kepujian cemerlang, tahun 1965, Fakulti Syariah, Universiti Damsyik.

7 - Sijil Sekolah Menengah dengan kepujian cemerlang, dari Sekolah Menengah Syariah di Damsyik dan mendapat tempat pertama di kalangan pelajar di Syria.

Pengalaman Pentadbiran:

1 - Dekan Fakulti Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Sharjah (2000-2006).

2 - Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik, Fakulti Syariah, Universiti Damsyik (1985-1997).

3 - Pengerusi Jawatankuasa Penganjur untuk tujuh persidangan dan seminar, Universiti Sharjah (2000-2006).

4 - Ahli Majlis Penasihat Akademik di Universiti Kuwait (1998-2000).

5 - Ahli Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Pusat di Universiti Sharjah.

Pengalaman Mengajar:

1 - Profesor Fiqh Perbandingan dan Pengajian Siswazah, Universiti Sharjah (2000-2008).

2 - Profesor Fiqh Jenayah, Institut Tinggi Ilmu Perundangan dan Kehakiman, Dubai, tahun 2001.

3- Profesor Fiqh Perbandingan dan Polisi Syariah, Universiti Kuwait (1997-2000).

4 - Profesor di Fakulti Syariah, Universiti Damsyik (1981-1997).

5 - Profesor Pengajian Siswazah, Universiti Islam Omdurman Cawangan Damsyik (1992-1997).

6 - Profesor Faraid, Kolej Dakwah Islam Cawangan Damsyik (1988-1997).

7 - Profesor Pengajian Siswazah, Fakulti Syariah, Universiti Jordan (1990-1991).

8 - Profesor Pelawat untuk satu semester, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Emirates (1992-1993).

9 - Profesor Pelawat untuk sebulan atau dua minggu di Algeria, Sudan, Libya, Dubai (dua kali), Malaysia, Indonesia, Australia.

10 - Profesor Madya, dipinjamkan selama empat tahun, Universiti Umm Al-Qura, Makkah (1976-1980).

11 - Profesor Pembantu, Fakulti Syariah, Universiti Damsyik (1976-1981).

12 – Pensyarah, Fakulti Syariah, Universiti Damsyik (1971-1976).

13 - Pembantu Pengajar, Fakulti Syariah, Universiti Damsyik (1970-1971).

14 - Guru Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan, Syria (1965-1970).

15 - Mengajar di masjid-masjid di beberapa bandar.

Pengalaman Ilmiah dan Praktikal:

1 - Ahli Jawatankuasa Tetap Fatwa di Emiriah Sharjah.

2 - Ahli Jawatankuasa Syariah di Institusi Iltizam untuk Piawaian Islam.

3 - Ketua Editor Jurnal Universiti Sharjah untuk Sains Syariah dan Perundangan.

4 - Ahli Lembaga Pengawasan Syariah, Syarikat Pembiayaan Islam, Dubai.

5 - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Syariah, Sekretariat Umum Wakaf, Sharjah.

6 - Ahli Lembaga Pengawasan Syariah, Syarikat al-Mal al-Islamiyyah, Kuwait.

7 - Ahli Lembaga Pengawasan Syariah, Institusi Hal Ehwal dan Penjagaan Anak Yatim, Kuwait.

8 - Pakar di Akademi Fiqh Islam Antarabangsa, Jeddah.

9 - Ahli Pengasas Persatuan Fuqaha Syariah di Amerika.

10 - Ahli Kesatuan Ulama Muslim Sedunia.

11 - Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Universiti Tripoli, Lubnan.

12 - Ahli Lembaga Penasihat, Jurnal Fakulti Syariah dan Pengajian Islam, Kuwait.

13 - Ahli Jawatankuasa Penggubalan Undang-undang Hal Ehwal Peribadi UAE (16/11/2002-16/5/2003) dan diterbitkan pada Disember 2005.

14 - Ahli Jawatankuasa Fiqh yang menyelia penulisan Ensiklopedia Perubatan Islam.

15 - Ahli Lembaga Penasihat Jurnal Islam di Asia, Malaysia.

16 – Peguam, Persatuan Peguam Damsyik (1988-1999).

17 - Pakar Syariah dan Penasihat Transaksi Kewangan Islam di beberapa institusi.

18 - Ahli Lembaga Editorial Jurnal Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Kuwait (1998-2000).

19 - Ketua Bahagian Sains Syariah dalam Ensiklopedia Arab di Damsyik (1990-1997).

20 - Penyertaan dalam persidangan Islam dan seminar fiqh kontemporari di beberapa ibu negara dan bandar Arab dan Islam berserta pembentangan kertas kerja ilmiah, dan penyertaan dalam perbincangan dan ulasan pelbagai kertas kerja yang dibentangkan.

21 - Penyertaan dalam penilaian hasil kerja ilmiah untuk beberapa orang pengajar, profesor pembantu dan profesor madya di beberapa universiti Arab dan Islam.

22 - Penyertaan dalam penilaian kertas kerja ilmiah yang dirujuk untuk penerbitan dalam jurnal pelbagai universiti, kertas kerja untuk kenaikan pangkat akademik, dan penilaian beberapa buku Islam untuk penerbitan di perpustakaan dan penerbit.

Hasil Karya Ilmiah:

Beliau telah mentahqiq lebih 10 buah kitab, mengarang lebih 66 buku, dan menerbitkan lebih daripada 20 kajian ilmiah. Antaranya:

a - Tahqiq (Suntingan dan semakan):

1 - Adab al-Qada' oleh Ibnu Abi al-Dam al-Hamawi al-Shafi'i. (Muat Turun)

2 - Syarah al-Kawkab al-Munir fi Usul al-Fiqh al-Islami oleh Ibn al-Najjar al-Futuhi. (Muat Turun)

3 - Al-Muhazzab fi al-Fiqh al-Shafi'i oleh Abu Ishaq al-Shirazi. (Muat Turun)

4 - Mengeluarkan Kaedah-kaedah Fiqh Umum dari kitab al-Umm oleh Imam al-Shafi'I untuk dimuatkan dalam Ma'lamah al-Qawa'id al-Fiqhiyyah" di Akademi Fiqh Islam di Jeddah.

5 - Maqasid al-Shariah al-Islamiyyah oleh Syeikh al-Tahir Ibnu Ashur.

6 – Minhaj al-Talibin oleh Imam al-Nawawi.

7 - Umdah al-Salik Wa Umdah al-Nasik oleh Imam Ibnu al-Naqib.


8 - Syarah al-Rahabiyyah Fi 'Ilm al-Faraid oleh al-Mardini.

9 - Kanz al-Raghibin Syarah Minhaj al-Talibin oleh Imam al-Mahalli.


10 - Kifayah al-Akhyar Fi Halli Ghayah al-Ikhtisar oleh Imam Taqiyuddin al-Hisni.

b – Penulisan:

1 - Usul al-Fiqh al-Islami.

2 - Usul Tadris al-Tarbiyah al-Islamiyyah.

3 - Tarikh al-Adyan.

4 - Usul al-Muhakamat al-Madaniyyah wa al-Shar'iyyah.

5 - Al-'Uqud al-Musammah fi al-Qanun al-Madani wa al-Fiqh al-Islami.

7 - Fiqh al-Qada' wa al-Da'wa wa al-Ithbat.

8 - 'Ilm Usul al-Fiqh.

9 - Usul al-Muhakamat al-Shar'iyyah fi Qawanin Dawlat al-Imarat al-'Arabiyyah al-Muttahidah.

10 - Wasa'il al-Ithbat fi al-Shari'ah al-Islamiyyah.

11 - Al-Tanzhim al-Qadha'i fi al-Fiqh al-Islami wa Tatbiquhu fi al-Mamlakah al-Arabiyyah al-Su'udiyyah.

12 - Marji' al-Ulum al-Islamiyyah. (Muat Turun)

13 - Tarikh al-Qadha' fi al-Islam.

14 - Ta'rif 'Amm bil-'Ulum al-Shar'iyyah.

15 - Ihya' al-Ard al-Mawat.

16 - Huquq al-Insan fi al-Islam.

17 - Al-Fara'id wa al-Mawarith wa al-Wasaya.

18 - Shakhsiyyat Islamiyyah.

19 - Silsilah Dirasat Islamiyyah.

20 - Al-Mu'tamad fi al-Fiqh al-Shafi'i ma'a Adillatih. (Muat Turun)

21 - Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh al-Islami. (Muat Turun)

22 - Al-Qawa'id al-Fiqhiyyah wa Tatbiqatuha fi al-Madhahib al-Arba'ah. (Muat Turun)

23 - Usul Tadris al-Tarbiyyah al-Islamiyyah.

24 - Al-Ijra'at al-Jina'iyyah al-Shar'iyyah.

25 - Wazifah al-Din fi al-Hayah wa Hajah al-Nas Ilaih.

26 - Al-I'tidal fi al-Tadayyun, Fikran wa Sulukan wa Manhajan.

27 - Al-Islam fi al-Madi wa al-Hadir, Ta'rif 'Amm bil-Islam.

28 - Al-Islam wa al-Shabab.

29 - Al-Takrim al-Ilahi lil-Insan.

30 - Al-Tadarruj fi al-Tashri' wa al-Tatbiq.

31 - Mukhtarat min Ahadith al-Ahkam min Sahih al-Bukhari.

32 - Maqasid al-Shari'ah wa Huquq al-Insan.

33 - Al-Mar'ah al-Muslimah al-Mu'asirah.

34 - Mausu'ah Qadhaya Islamiyyah al-Mu'asirah. (Muat Turun)

35 - Fiqh Bulugh al-Maram Li Bayan al-Ahkam al-Syar'iyyah. (Muat Turun)

36 - Al-Wasit Fi al-Fiqh al-Syafi'i.

37 – Silsilah Tokoh Islam:

i) Imam al-Haramayn al-Juwayni. (Muat Turun)

ii) Al-Qadhi al-Baydawi. (Muat Turun)

iii) Al-Imam al-Tabari. (Muat Turun)

iv) Al-'Izz ibn 'Abd al-Salam. (Muat Turun)

v) Ibn Kathir al-Dimashqi. (Muat Turun)



* Saya telah kemas kini semula tulisan ini pada 8/11/2024.