Jumaat, 22 Disember 2017

Muhammad bin Sa'id al-Maslub : Pemalsu hadis terkenal


- Dia pernah berkata: "Tidak mengapa mencipta sanad bagi perkataan yang baik."

- Al-Imam Sufyan al-Thauri pernah duduk seketika bersama Muhammad bin Sa'id al-Maslub lalu beliau berlalu pergi. Beliau kemudian berkata: "Dia adalah pendusta."

- Al-Imam al-Nasa'ie pernah berkata: "Para pendusta yang terkenal memalsukan hadis atas (nama) Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam ada empat orang: Ibnu Abi Yahya di Madinah, al-Waqidi di Baghdad, Muqatil di Khurasan, Muhammad bin Sa'id di Syam, dia (Muhammad bin Sa'id) dikenali sebagai al-Maslub (yang disalib)."

- Imam Ahmad bin Hanbal berkata: "Dia memalsukan hadis secara sengaja."

- Para perawi apabila meriwayatkan daripadanya akan mengubah namanya menjadi beberapa nama supaya identitinya tidak diketahui.

- Khalifah Abu Ja'far al-Mansur membunuhnya kerana dia dianggap sebagai zinddiq.

- Kata al-Hafiz al-Zahabi: "Dia disalib sekitar tahun 150 (Hijrah)."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan