Soalan:
Ada tak hadis yang mengatakan kami belajar iman dulu sebelum
Quran?
Jawapan:
عَنْ جُنْدُبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: كُنَّا
مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ فِتْيَانٌ حَزَاوِرَةٌ،
فَتَعَلَّمْنَا الْإِيمَانَ قَبْلَ أَنْ نَتَعَلَّمَ الْقُرْآنَ، ثُمَّ
تَعَلَّمْنَا الْقُرْآنَ فَازْدَدْنَا بِهِ إِيمَانًا.
Daripada Jundub bin Abdullah, beliau berkata:
"Kami bersama dengan Nabi sallahu 'alaihi wasallam
dan kami masih muda belia dan kuat. Kami mempelajari tentang iman sebelum
mempelajari al-Quran. Kemudian barulah kami mempelajari al-Quran, maka
bertambah-tambah iman kami dengan sebab al-Quran tersebut."
Riwayat Ibnu Majah (no. 61).
Kata al-Hafiz al-Busiri dalam Misbah al-Zujajah:
هَذَا إِسْنَاد صَحِيح رِجَاله ثِقَات
"Sanad (hadis) ini sahih dan perawinya thiqah."
Sanadnya juga dinilai sahih oleh al-Hafiz al-'Iraqi
dalam Takhrij Ahadith al-Ihya'.
Pengajaran Hadis
1 – Iman boleh bertambah dan
berkurang. Iman bertambah dengan melakukan ketaatan kepada Allah dan
berkurangan apabila melakukan maksiat.
3 - Pentingnya Belajar di Usia
Muda. Dalam hadis ini, Jundub bin Abdullah menggambarkan dirinya sebagai muda
belia dan kuat sewaktu belajar dari Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam.
Masa muda adalah waktu terbaik untuk menuntut ilmu kerana kekuatan fizikal dan
mental di masa muda membantu proses pembelajaran.
5 – Mendalami al-Quran menjadi
sebab pertambahan iman, menerangi hati dan melapangkan dada dari kekusutan. Ini
kerana al-Quran memberi petunjuk, peringatan, dan panduan hidup yang melengkapi
asas iman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan