Istilah ini
digunakan oleh sesetengah imam hadith seperti Yahya bin Ma’in, Ibnu ‘Adi,
al-Hafiz al-Zahabi dan selain mereka. Maksud istilah ini adalah dalam sanadnya
ada perawi-perawi majhul yang tidak diketahui (hal ehwalnya).
[Mu'jam
al-Mustholahat al-Hadithiyyah, Sayyid Abdul Majid al-Ghauri, hlm. 118, c:
Dar Ibnu Kathir]
Contoh:
1 - التَّائِبُ مِنَ الذَّنْبِ كَمَنْ لَا ذَنْبَ
لَهُ...
“Orang
yang bertaubat daripada dosa seumpama orang yang tiada dosa padanya...”
Riwayat Ibnu Abi
al-Dunya (m. 281H)
dalam al-Taubah [Mausu’ah Ibnu Abi al-Dunya, (2/181), no. 83] dan
al-Baihaqi (m. 458H) dalam Syu’ab al-Iman [(9/362), no. 6780] daripada
hadith Ibnu ‘Abbas secara marfu’.
Kata al-Hafiz
al-Zahabi dalam Tanqih al-Tahqiq(2/259):
إِسْنَاده مظلم.
“Sanadnya
kelam.”
Kata al-Hafiz al-Sakhawi (m. 902H)
dalam al-Maqasid al-Hasanah (1/249):
وسنده ضعيف، فيه من لا
يعرف
“Sanadnya
daif. Dalam sanadnya ada perawi yang tidak dikenali.”
2
- مَنْ حَفِظَ عَلَى أُمَّتِي حَدِيثًا وَاحِدًا كَانَ لَهُ أَجْرُ أَحَدٍ
وَسَبْعِينَ نَبِيًّا صِدِّيقًا
“Sesiapa yang
menyampaikan kepada umatku satu hadis, baginya pahala 71 orang nabi yang
benar.”
Hadis ini
diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Zahabi dalam Tazkirah al-Huffaz (4/1239)
melalui jalur perawi Muhammad bin Rizam daripada hadis Ibnu ‘Abbas secara marfu’.
Kata al-Hafiz
al-Zahabi (m. 748H) selepas meriwayatkannya:
هذا مما تحرم روايته إلا مقرونًا بأنه مكذوب من غير
تردد وقبح الله من وضعه وإسناده مظلم وفيهم بن رزام كذاب لعله آفته.
“Ini
sesuatu yang diharamkan meriwayatkannya kecuali disertai [penjelasan] bahawa ia
adalah palsu tanpa ragu-ragu lagi. Semoga Allah menghinakan pemalsunya. Sanadnya
‘kelam’ dan di antara mereka (perawinya) ada Ibnu Rizam, seorang pendusta.
Mungkin dialah pemalsunya.”
Kata al-Hafiz Ibnu
al-Mulaqqin (m. 804H) dalam al-Badr al-Munir (7/279):
مَوْضُوع، وَإِسْنَاده مظلم، وَالظَّاهِر أَن آفته من
ابْن رزام الْكذَّاب.
“Palsu
dan sanadnya ‘kelam’. Zahirnya, penyakitnya (pemalsunya) adalah Ibnu Rizam,
seorang pendusta.”
Rujukan:
- Al-Badr
al-Munir Fi Takhrij al-Ahadith Wa al-Athar al-Waqi’ah Fi al-Syarh al-Kabir,
Ibnu al-Mulaqqin, c: Dar al-Hijrah.
-Al-Maqasid
al-Hasanah, al-Sakhawi, c: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
- Mausu’ah Ibu
Abi al-Dunya, Ibnu Abi al-Dunya, c: Dar Athlas al-Khadra’.
- Tanqih
al-Tahqiq Fi Ahadith al-Ta’liq, al-Zahabi, c: Dar al-Wathan.
- Tazkirah
al-Huffaz, al-Zahabi, c: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
- Syu’ab al-Iman,
al-Baihaqi, c: Maktabah al-Rusyd.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan