Al-Imam Ibnu al-Solah (m. 643H) berkata:
"Telah ijmak jumhur para imam hadith dan fiqh bahawa disyaratkan pada (perawi) yang boleh dijadikan hujah akan periwayatannya adalah bahawa perawi tersebut mestilah adil dan dhabit (teliti) terhadap apa yang diriwayatkannya.
Perinciannya adalah: Perawi tersebut mestilah muslim yang baligh, berakal, selamat daripada sebab-sebab (yang menyebabkan) kefasikan dan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah, seorang yang sedar dan tidak lalai (ketika meriwayatkan dan menyampaikan hadith), seorang yang hafiz (yang menghafal hadithnya) jika dia menyampaikan hadith daripada hafalannya dan yang menjaga kitabnya jika dia menyampaikan hadith daripada kitabnya. Jika dia meriwayatkan hadith secara makna, disyaratkan bahawa dia mesti alim terhadap apa yang boleh menyebabkan perubahan makna (hadith)."
[Ma'rifah Anwa' 'Ilm al-Hadith, Ibnu al-Solah, hlm. 104, c: Dar al-Fikr, tahqiq: Nuruddin 'Itr]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan