Hadis
yang direkacipta dan didustakan ke atas Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam
sama ada secara sengaja, secara tersalah, secara jahil ataupun secara tipudaya.
Hukum
Mencipta Hadis Palsu:
Para
ulama telah sepakat bahawa mencipta hadis palsu adalah haram dan ianya adalah
suatu perkara maksiat yang tergolong antara dosa-dosa besar.
Hukum
Meriwayatkan Hadis Palsu:
Para
ulama telah sepakat bahawa meriwayatkan hadis palsu adalah haram sekiranya kita
menyedari bahawa ianya adalah hadis palsu, tidak kira sama ada hadis tersebut
berkaitan tentang hukum-hakam, akidah, kisah-kisah, galakan beramal atau
sebagainya.
Ia
adalah berdasarkan hadis samurah bin Jundub daripada Rasulullah sallahu ‘alaihi
wasallam:
“Barangsiapa
yang menyampaikan suatu hadis daripada saya dan dia mengetahui hadis tersebut
adalah dusta, maka dia adalah tergolong dalam golongan para pendusta.” (Riwayat Muslim)
[Kamus
Istilah Hadis, Sayyid Abdul Majid al-Ghauri, hlm. 552, terbitan: Darul Syakir]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan