Syeikh Daud al-Fathani rahimahullah dalam
kitab al-Durr al-Thamin (ms. 12, baris ke-8 dari atas)
menyebutkan potongan hadis:
وحسابهم على الله.
“Dan hisab
mereka itu atas Allah Taala.”
Takhrij:
Hadis ini adalah
sebahagian daripada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 25) dan Muslim
(no. 22) daripada
hadis Abdullah bin Umar:
أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ
النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا
رَسُولُ اللَّهِ، وَيُقِيمُوا الصَّلاَةَ، وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ، فَإِذَا
فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلَّا بِحَقِّ
الإِسْلاَمِ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ.
“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia (orang kafir)
sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu
ialah utusan Allah, mendirikan solat dan menunaikan zakat. Apabila mereka
melakukan sedemikian maka terpeliharalah darah (nyawa) dan harta mereka
melainkan jika mereka melanggar peraturan Islam (yang membuatkan darah dan
harta mereka menjadi halal) dan hisab mereka (dari segi batin) adalah terserah
kepada Allah.”
Hadis ini ialah hadis kelapan daripada hadis empat puluh Imam al-Nawawi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan