Rabu, 18 Ogos 2021

Hadis Kelebihan Zikir

 


Zikir Pertama: سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ

Hadis Pertama

عَنْ أَبِي ذَرٍّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَلَا أُخْبِرُكَ بِأَحَبِّ الْكَلَامِ إِلَى اللهِ؟ قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَخْبِرْنِي بِأَحَبِّ الْكَلَامِ إِلَى اللهِ، فَقَالَ: " إِنَّ أَحَبَّ الْكَلَامِ إِلَى اللهِ: سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ.

Daripada Abu Zar, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Mahukah aku khabarkan kepadamu ucapan yang paling dicintai oleh Allah?”

Aku  menjawab:

“Wahai Rasulullah, khabarkanlah kepadaku ucapan yang paling dicintai oleh Allah.”

Baginda menjawab:

“Sesungguhnya ucapan yang paling dicintai oleh Allah ialah سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ (Maha suci Allah dan segala pujian untukNya.”

(Riwayat Muslim)

Hadis Kedua

عَنْ أَبِي ذَرٍّ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ أَيُّ الْكَلَامِ أَفْضَلُ؟ قَالَ: مَا اصْطَفَى اللهُ لِمَلَائِكَتِهِ أَوْ لِعِبَادِهِ: سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ.

Daripada Abu Zar, Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang sebaik-baik ucapan. Baginda menjawab:

“Ucapan yang dipilih oleh Allah untuk malaikatNya atau hambaNya: سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِه.

(Riwayat Muslim)

Hadis Ketiga

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ قَالَ: سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ، حُطَّتْ خَطَايَاهُ، وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ البَحْرِ.

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesiapa yang mengucapkan سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِه pada setiap hari sebanyak 100 kali, akan dihapuskan dosanya (dosa kecil) walaupun sebanyak buih di lautan.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis Keempat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ قَالَ حِينَ يُصْبِحُ وَحِينَ يُمْسِي: سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ مِائَةَ مَرَّةٍ لَمْ يَأْتِ أَحَدٌ يَوْمَ القِيَامَةِ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلاَّ أَحَدٌ قَالَ مِثْلَ مَا قَالَ أَوْ زَادَ عَلَيْهِ.

Daripada Abu Hurairah, daripada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

“Sesiapa yang mengucapkan سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِه pada waktu pagi dan petang sebanyak 100 kali, maka pada hari kiamat tidak ada orang yang membawa amalan yang lebih afdal daripada amalan yang dia bawa melainkan ada orang lain yang mengucapkan sebagaimana yang dia ucapkan atau lebih lagi.”

(Riwayat Muslim)

Zikir Kedua: سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللَّهِ العَظِيمِ

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كَلِمَتَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ، خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ، ثَقِيلَتَانِ فِي المِيزَانِ: سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللَّهِ العَظِيمِ.

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Nabi sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Dua kalimah yang dicintai oleh Allah al-Rahman, ringan pada lisan dan berat pada timbangan: سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللَّهِ العَظِيمِ (Maha suci Allah dan segala pujian bagiNya. Maha suci Allah yang Maha Agung.).”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Zikir Ketiga: سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ 

عَنْ جَابِرٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ قَالَ: سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ غُرِسَتْ لَهُ نَخْلَةٌ فِي الجَنَّةِ.

Daripada Jabir, daripada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

“Sesiapa yang mengucapkan سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ (Maha suci Allah yang Maha Agung dan segala pujian bagiNya), ditanam baginya sebatang pohon kurma di syurga.”

(Riwayat al-Tirmizi, kata beliau: “Hadis ini hasan sahih gharib.”)

Zikir Keempat: سُبْحانَ اللَّهِ، والحمد لله، ولا إله إلا الله، وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Hadis Pertama

عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدَبٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " أَحَبُّ الْكَلَامِ إِلَى اللهِ أَرْبَعٌ: سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ. لَا يَضُرُّكَ بِأَيِّهِنَّ بَدَأْتَ.

Daripada Samurah bin Jundub, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Empat kalimah yang dicintai oleh Allah: سُبْحَانَ اللهِ (Maha Suci Allah), الْحَمْدُ لِلَّهِ (Segala puji bagi Allah), لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ (Tiada tuhan selain Allah) dan  اللهُ أَكْبَرُ (Allah Maha Besar). Tidak mengapa untuk kamu mula dengan mana satu sekalipun.”

(Riwayat Muslim)

Hadis Kedua

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: لأَنْ أَقُولَ: سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ، وَلَا اِلَهَ اِلَّا اللهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، أَحَبُّ إِلَيَ مِمَّا طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ.

Daripada Abu Hurairah, beliau berkata Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Bahawa aku ucapkan سُبْحَانَ اللهِ (Maha Suci Allah), الْحَمْدُ لِلَّهِ (Segala puji bagi Allah), لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ (Tiada tuhan selain Allah) dan اللهُ أَكْبَرُ (Allah Maha Besar) itu lebih aku sukai daripada apa yang terkena cahaya terbitan matahari (iaitu dunia dan isinya).”

(Riwayat Muslim)

Hadis Ketiga

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِشَجَرَةٍ يَابِسَةِ الوَرَقِ فَضَرَبَهَا بِعَصَاهُ فَتَنَاثَرَ الوَرَقُ، فَقَالَ: إِنَّ الحَمْدُ لِلَّهِ وَسُبْحَانَ اللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ لَتُسَاقِطُ مِنْ ذُنُوبِ العَبْدِ كَمَا تَسَاقَطَ وَرَقُ هَذِهِ الشَّجَرَةِ.

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam berjalan melalui sebatang pokok yang kering. Baginda memukul pokok itu dengan tongkatnya lalu gugurlah dedaunnya. Baginda bersabda:

“Sesungguhnya الْحَمْدُ لِلَّهِ  (Segala puji bagi Allah), سُبْحَانَ اللهِ(Maha Suci Allah), لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ (Tiada tuhan selain Allah) dan اللهُ أَكْبَرُ (Allah Maha Besar) itu akan menggugurkan dosa-dosa hamba (manusia) sebagaimana gugurnya dedaun pokok ini.

(Riwayat al-Tirmizi dengan sanad yang daif)

Hadis Keempat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِهِ وَهُوَ يَغْرِسُ غَرْسًا، فَقَالَ: يَا أَبَا هُرَيْرَةَ، مَا الَّذِي تَغْرِسُ؟ قُلْتُ: غِرَاسًا. قَالَ: أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى غِرَاسٍ خَيْرٍ مِنْ هَذَا؟ قَالَ: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ: قُلْ: سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، يُغْرَسْ لَكَ بِكُلِّ وَاحِدَةٍ شَجَرَةٌ فِي الْجَنَّةِ.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam melintasi beliau ketika beliau sedang menanam sebatang pokok. Baginda bertanya: “Wahai Abu Hurairah, apa yang engkau tanam?” Aku menjawab: “Sebatang pokok.” Baginda bersabda: “Mahukah engkau tahu pokok yang lebih baik daripada ini?” Abu Hurairah menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda bersabda:

“Ucapkanlah: سُبْحَانَ اللهِ (Maha Suci Allah), الْحَمْدُ لِلَّهِ (Segala puji bagi Allah), لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ (Tiada tuhan selain Allah) dan  اللهُ أَكْبَرُ (Allah Maha Besar). Akan ditanam untuk kamu bagi setiap ucapan tersebut sebatang pokok di syurga.” 

(Riwayat Ibnu Majah. Al-Hafiz al-Busiri dalam Misbah al-Zujajah menilai sanadnya sebagai hasan)

Hadis Kelima

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ اصْطَفَى مِنَ الْكَلَامِ أَرْبَعًا: سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ، قَالَ: وَمَنْ قَالَ: سُبْحَانَ اللهِ كُتِبَ لَهُ عِشْرُونَ حَسَنَةً، وَحُطَّ عَنْهُ عِشْرُونَ سَيِّئَةً، وَمَنْ قَالَ: اللهُ أَكْبَرُ فَمِثْلُ ذَلِكَ، وَمَنْ قَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ فَمِثْلُ ذَلِكَ، وَمَنْ قَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ مِنْ قِبَلِ نَفْسِهِ، كُتِبَ لَهُ بِهَا ثَلَاثُونَ حَسَنَةً، وَحُطَّ عَنْهُ بِهَا ثَلَاثُونَ سَيِّئَةً.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah, daripada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda

“Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla telah memilih empat kalimah: سُبْحَانَ اللهِ (Maha Suci Allah), الْحَمْدُ لِلَّهِ (Segala puji bagi Allah), لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ (Tiada tuhan selain Allah) dan اللهُ أَكْبَرُ (Allah Maha Besar). Sesiapa yang mengucapkan سُبْحَانَ اللهِ, Allah akan menuliskan baginya 20 pahala dan menghapuskan daripadanya 20 dosa. Sesiapa yang mengucapkan اللهُ أَكْبَرُ, baginya ganjaran sedemikian juga. Sesiapa yang mengucapkan لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ, baginya ganjaran sedemikian juga. Sesiapa yang mengucapkan الْحَمْدُ لِلَّهِ dari (keikhlasan) dirinya, dituliskan baginya 30 pahala dan dihapuskan daripadanya 30 dosa.”

(Riwayat Ahmad dengan sanad yang sahih)

Hadis Keenam

عن أَنَس رَضِيَ الله عَنْه، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ هَلَّلَ مِائَةً، وَكَبَّرَ مِائَةً، وَسَبَّحَ مِائَةً، فَإِنَّهُ خَيْرٌ مِنْ عَشْرِ رِقَابٍ يُعْتِقُهَا، وَسَبْعِ بَدَنَاتٍ يَنْحَرُهَا.

Daripada Anas radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesiapa yang bertahlil 100 kali, bertakbir 100 kali dan bertasbih 100 kali, maka ia lebih baik daripada 10 orang hamba yang dia bebaskan dan 10 haiwan yang dia korbankan.”

(Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad. Al-Hafiz al-Munziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib menilai sanadnya sebagai hasan)

Zikir Kelima: سُبْحَانَ اللهِ

عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَكْسِبَ، كُلَّ يَوْمٍ أَلْفَ حَسَنَةٍ؟ فَسَأَلَهُ سَائِلٌ مِنْ جُلَسَائِهِ: كَيْفَ يَكْسِبُ أَحَدُنَا أَلْفَ حَسَنَةٍ؟ قَالَ: يُسَبِّحُ مِائَةَ تَسْبِيحَةٍ، فَيُكْتَبُ لَهُ أَلْفُ حَسَنَةٍ، أَوْ يُحَطُّ عَنْهُ أَلْفُ خَطِيئَةٍ.

Daripada Sa’ad bin Abi Waqqas radiallahu ‘anhu, beliau berkata: “Kami bersama-sama dengan Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam.” Baginda bertanya: “Adakah salah seorang daripada kamu tidak mampu untuk melakukan 1000 pahala pada setiap hari?” Salah seorang yang duduk bersama baginda bertanya: “Bagaimanakah salah seorang daripada kami dapat melakukan 1000 pahala?” Baginda menjawab:

“Bertasbihlah sebanyak 100 kali. Maka akan ditulis baginya 1000 pahala atau dihapuskan daripadanya 1000 dosa.”

(Riwayat Muslim)

Zikir Keenam:   لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ

Hadis Pertama

عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: أَفْضَلُ الذِّكْرِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ.

Daripada Jabir bin Abdillah radiallahu ‘anhuma, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sebaik-baik zikir adalah لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ (Tiada tuhan selain Allah).”

(Riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Majah. Kata al-Tirmizi: “Hadis ini hasan gharib.”)

Hadis Kedua

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم: جَدِّدُوا إيمَانَكُم. قِيلَ: يَا رَسُولَ الله، وَكَيْفَ نُجَدِّدُ إيمَانَنَا؟ قَالَ: أَكْثِرُوا مِنْ قَوْلِ: لاَ إِلَهَ إلاَّ الله.

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, beliau berkata; Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Perbaharuilah iman kalian.”

Seseorang bertanya:

“Wahai Rasulullah, bagaimanakah cara untuk memperbaharui iman kami?”

Baginda menjawab: “Banyakkanlah menyebut: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ (Tiada tuhan selain Allah).”

(Riwayat Ahmad dengan sanad yang daif)

Hadis Ketiga

عَن معَاذ رَضِيَ اللَّهُ عَنْه، قَالَ: قَالَ رَسُول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم َ: من كَانَ آخر كَلَامه لَا إِلَه إِلَّا الله، دخل الْجنَّة.

Daripada Mu’az radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesiapa yang akhir ucapannya لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ (Tiada tuhan selain Allah) maka dia akan masuk syurga.”

(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim. Al-Hakim mensahihkannya)

Hadis Keempat

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ: قَالَ لِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَفَاتِيحُ الْجَنَّةِ شَهَادَةُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ.

Daripada Mu’az bin Jabal, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepadaku:

“Kunci syurga itu adalah bersaksi bahawa لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ (Tiada tuhan selain Allah).”

(Riwayat Ahmad dengan sanad yang daif)

Zikir Ketujuh: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

Hadis Pertama

عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ، قَالَ: قَالَ لِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى كَنْزٍ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ؟ فَقُلْتُ: بَلَى، فَقَالَ: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ.

Daripada Abu Musa al-Asy’ari, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepadaku:

“Mahukah aku tunjukkan kepada engkau satu khazanah daripada khazanah-khazanah syurga?”

Aku menjawab: “Sudah tentu.”

Baginda menjawab:لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ (Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah).”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Keterangan:

1 - Zikir لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ dianggap khazanah syurga kerana pengucap zikir tersebut akan mendapat khazanah atau simpanan pahala di syurga dan ia adalah pahala yang berharga sebagaimana di antara harta yang manusia miliki, maka harta yang tersimpan rapi itulah yang paling berharga.

2 - Maksud لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ adalah makluk itu tidak ada keupayaan dan kekuatan untuk melakukan apapun sama ada melakukan kebaikan atau menolak keburukan melainkan apabila diizinkan dan dikehendaki oleh Allah. Begitu juga makhluk itu tidak mampu melakukan ketaatan dan menjauhi maksiat melainkan dengan pertolongan dan perlindungan daripada Allah.

Hadis Kedua

عَن النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم قَالَ: مَنْ قال: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ مِئَةَ مَرَّةٍ فِي كلِّ يَومٍ؛ لمْ يُصِبْهُ فقْرٌ أَبداً.

Daripada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

“Sesiapa yang mengucapkan لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ sebanyak 100 kali pada setiap hari, maka dia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya.”

(Riwayat Ibnu Abi al-Dunya dengan sanad yang daif)

Zikir Kelapan: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Hadis Pertama

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ، أَنَّ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، عَشْرَ مِرَارٍ كَانَ كَمَنْ أَعْتَقَ أَرْبَعَةَ أَنْفُسٍ مِنْ وَلَدِ إِسْمَاعِيلَ.

Daripada Abu Ayyub al-Ansari, Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesiapa yang mengucapkan لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (Tiada tuhan selain Allah dan tiada sekutu baginya. BagiNyalah kerajaan dan kepujian. Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu) sebanyak 10 kali, maka dia seolah-olah telah membebaskan 4 orang daripada anak Isma’il.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Keterangan:

Dikhususkan anak-anak Nabi Isma’il kerana mereka adalah semulia-mulia keturunan Arab. Sesiapa yang membaca zikir ini maka baginya pahala seolah-olah membebaskan anak-anak Nabi Isma’i  yang merupakan keturunan yang mulia.

Hadis Kedua

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: " مَنْ قَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ، كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ، وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ، وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنَ الشَّيْطَانِ، يَوْمَهُ ذَلِكَ، حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ أَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesiapa yang mengucapkan لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ pada setiap hari sebnyak 100 kali, baginya pahala membebaskan 10 orang hamba. Dituliskan baginya 100 pahala dan dihapuskan daripadanya 100 dosa. Baginya perlindungan daripada syaitan pada hari tersebut sehingga waktu petang dan tidak ada orang lain yang melakukan amalan yang lebih baik daripada dia melainkan orang itu mengucapkannya lebih daripada itu.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan