Khamis, 5 Ogos 2021

Status Hadis: Memotong Kuku Pada Hari Khamis Agar Rezeki Lancar dan Jauh Dari Penyakit

 


LAKUKAN HARI INI, AGAR REJEKI LANCAR & JAUH DARI PENYAKIT

من أراد أن يأمن الفقر، وشكاية العمى, والبرص, والجنون, فليقلم أظفاره يوم الخميس بعد العصر. [البكري الدمياطي، إعانة الطالبين على حل ألفاظ فتح المعين، 2/85]

"Barang siapa yang ingin selamat dari kefakiran, sakit buta, lepra dan stres maka hendaknya memotong kuku pada hari kamis setelah Ashar." (Kitab l'anah At-Thalibin Juz 2 halaman 85)

Ulasan:

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Dailami daripada hadis Abu Hurairah.

Al-Hafiz al-Sayuti menganggapnya sebagai palsu dan dimasukkan dalam kitab al-Ziyadat ‘ala al-Maudhu’at namun beliau tidak menjelaskan sebab kepalsuannya.

Imam Ibnu ‘Arraq dalam Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah berkata: “Beliau (al-Sayuti) tidak menjelaskan sebab kepalsuannya. Dalam sanadnya ada sekumpulan perawi yang saya tidak kenali mereka.”

Al-Hafiz al-Sakhawi dalam al-Ajwibah al-Mardhiyyah pula berkata: “Ianya sangat daif (واه جدا). Dalam sanadnya ada perawi yang saya tidak mengenalinya.”

Beliau juga pernah berkata dalam al-Maqasid al-Hasanah: “Tidak sabit sesuatu apa pun tentang kaifiat memotong kuku, mahupun tentang penentuan hari baginya daripada Nabi sallahu a’laihi wasallam”.

Kesimpulannya, hadis ini sama ada palsu sebagaimana kata al-Hafiz al-Sayuthi atau setidak-tidaknya adalah sangat daif sebagaimana menurut al-Hafiz al-Sakhawi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan