Agak lewat juga kitab ini diterbitkan. Mungkin
sebab kitab al-Badr al-Munir karangan al-Hafiz Ibnu al-Mulaqqin (m. 804
H) dan al-Talkhis al-Habir karangan al-Hafiz Ibnu Hajar (m. 852 H) yang
terlebih dahulu dicetak sudah dianggap memadai untuk dijadikan rujukan takhrij
hadis bagi kitab al-Aziz mengakibatkan kitab takhrij yang lain terabai.
Daripada saiznya yang hanya 3 jilid boleh diagak yang takhrijnya lebih ringkas
berbanding takhrij Ibnu al-Mulaqqin dan Ibnu Hajar.
Ada ulama lain juga yang menulis takhrij hadis
kitab al-Aziz, antaranya ialah Syihabuddin al-Dimyathi (m. 749 H), Ibnu
al-Naqqash (m. 763 H), al-Zarkasyi (m. 749 H), Muhammad bin Abu Bakar bin Abdul
Aziz bin Jama'ah (cucu Izzudin Ibnu Jama'ah) dan al-Sayuthi (m. 911 H).
Setahu saya, ini adalah kitab takhrij ketiga
bagi kitab al-Aziz yang berjaya diterbitkan manakala yang lain masih
berbentuk manuskrip atau sudah tidak ditemui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan