Jumaat, 2 Februari 2024

Amalan Ibnu Taimiyyah Untuk Memudahkan Kefahaman

Muridnya, Ibnu Abdil Hadi menceritakan dalam al-‘Uqud al-Durriyah Min Manaqib Ahmad bin Taimiyyah:

“Beliau berkata: Kadang-kadang aku membaca 100 buah tafsir bagi satu ayat. Kemudian aku meminta Allah memberikan aku kefahaman. Aku berdoa:

يَا مُعَلِّمَ آدَمَ وَإِبْرَاهِيمَ، عَلِّمْنِي

Wahai Tuhan yang mengajarkan Adam dan Ibrahim, ajarkanlah aku.

Aku juga pergi ke masjid-masjid yang terbiar dan seumpamanya. Aku letakkan kepalaku di tanah dan aku meminta kepada Allah. Aku berdoa:

يَا مُفَهِّمَ إِبْرَاهِيمَ، فَهِّمْنِي

Wahai Tuhan yang mengajarkan Ibrahim, fahamkanlah aku.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan