Al-Imam Ibnu al-Jauzi
meriwayatkan dalam Manaqib Imam Ahmad dengan sanadnya daripada Fathimah binti
Ahmad bin Hanbal, beliau berkata:
"Telah berlaku kebakaran di
rumah saudaraku, Soleh. Dia telah berkahwin dengan wanita daripada keluarga
yang kaya-raya. Mereka memberinya persalinan pengantin yang harganya hampir
4000 dinar dan telah dijilat api.
Lalu Soleh berkata: Aku tidak
berasa sedih atas apa yang telah hilang daripadaku kecuali pakaian bapaku yang
beliau bersolat denganya. Aku bertabaruk dengannya dan aku bersolat dengan
memakainya.
Fathimah berkata: Setelah api
padam, orang ramai masuk ke dalam rumah dan mendapati pakaian tersebut berada
di atas katil. Api telah memakan setiap sesuatu di sekelilingnya dan pakaian
tersebut selamat."
Kata pentahqiq kitab, Dr Abdullah
bin Abdul Muhsin al-Turki:
"Perbuatan bertabaruk ini
merupakan perkara yang tidak dipuji bahkan ia merupakan perbuatan bidaah. Ia
boleh jadi salah satu daripada sebab perbuatan syirik jika pelakunya
mengharapkan keberkatan daripada pakaian ini dan seumpamanya sebagaimana yang
dilakukan oleh orang-orang soleh."
Soleh bin Imam Ahmad bin Hanbal
ini merupakan Qadhi di Asbahan, Iran. Imam Ahmad sangat menyanyanginya dan
memuliakannya. Al-Hafiz al-Zahabi turut masukkan kisah ini dalam kitab Siyar A'lam
al-Nubala' (11/230) tanpa sebarang komentar. Nampaknya pentahqiq kitab berlagak
pandai melebihi anak Imam Ahmad dan al-Hafiz al-Zahabi.
Rujukan:
Manaqib Imam Ahmad bin Hanbal,
Ibnu al-Jauzi, hlm. 399, c. Dar Hijr.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan