Sabtu, 9 September 2017

Hadis sahih tentang ayam jantan

1 - إذا سمعتم صياح الديكة فسلوا الله من فضله فإنها رأت ملكا، وإذا سمعتم نهيق الحمار فتعوذوا بالله من الشيطان الرجيم فإنها رأت شيطانا

"Jika kamu semua mendengar kokokan ayam jantan, maka mintalah kepada Allah daripada kelebihanNya kerana ia melihat malaikat [dengan harapan malaikat akan bantu aminkan doa]. Jika kamu mendengar bunyi keldai, maka mohonlah pelindungan Allah daripada syaitan yang direjam, sesungguhnya ia melihat syaitan."

Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada hadis Abu Hurairah.

2 - لا تَسُبوا الدِّيكَ، فَإِنَّهُ يُوقِظُ للصلاةِ

“Jangan kamu mencela ayam jantan, kerana ia mengejutkan kamu untuk solat.”

Riwayat Abu Daud daripada hadis Zaid bin Khalid al-Juhani. Al-Imam al-Nawawi dalam Riyadh al-Salihin menilai sanadnya sahih. Al-Imam al-Nawawi meletakkan satu bab khas tentang makruhnya mencela ayam jantan dalam kitab Riyadh al-Salihin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan