Al-Hakim al-Naisaburi meriwayatkan dalam kitab al-Madkhal Ila Kitab al-Iklil
dengan sanadnya sehingga 'Ubaid bin Ishaq al-Dhabi al-Kufi daripada Saif
bin 'Umar al-Taimi, beliau berkata:
"Aku berada bersama Sa'ad bin Tharif, lalu datang anaknya dari sekolah [dalam keadaan menangis].
Sa'ad lalu bertanya:
Kenapa denganmu?
Anaknya menjawab: Guru
telah memukulku.
Sa'ad lantas berkata:
Aku akan memalukan mereka hari ini. Telah menceritakan kepadaku Ikrimah
daripada Ibnu 'Abbas, beliau berkata: Nabi sallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Orang yang paling teruk di kalangan kamu adalah guru-guru anak kamu. Mereka
yang paling sedikit rasa belas kasihannya kepada anak yatim dan mereka yang
paling kasar terhadap orang-orang miskin.”
Kisah ini masyhur disebutkan dalam kitab-kitab Mustholah Hadis
apabila membicarakan tentang golongan pemalsu hadis.
Bukan sahaja Sa’ad bin Tharif sahaja perawi yang bermasalah malah dua
perawi sebelumnya iaitu Saif bin ‘Umar dan ‘Ubaid bin Ishaq juga adalah perawi
yang bermasalah. Boleh jadi salah seorang daripada mereka bertiga yang
memalsukan hadis ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan