Al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani (m. 852 H) menceritakan
dalam kitab al-Durar al-Kaminah bahawa guru beliau, al-Hafiz Zainuddin
al-'Iraqi (m. 806 H) dan al-Hafiz al-Zaila'ie (m. 762 H) bersama-sama menelaah
kitab-kitab hadis dan saling bantu-membantu mentakhrij hadis kitab-kitab
yang menjadi pilihan mereka.
Al-Hafiz al-'Iraqi memilih untuk mentakhrij hadis
kitab Ihya' 'Ulum al-Din karangan al-Imam al-Ghazali (m. 505 H) dan dan
hadis-hadis yang diisyaratkan oleh al-Imam al-Termizi (m. 279 H) dalam kitab Jami'nya
dengan katanya: وفي
الباب عن فلان وفلان (dalam bab ini ada hadis daripada si fulan
dan si fulan). Al-Hafiz al-'Iraqi mempunyai tiga bentuk takhrij terhadap
hadis-hadis kitab al-Ihya'; Panjang, sederhana dan ringkas. Kitab takhrij
ringkas tersebut berjudul al-Mughni yang selalunya dicetak bersama-sama
dengan kitab al-Ihya'. Kitab takhrij hadis al-Ihya' ini
merupakan penulisan beliau yang pertama yang beliau tulis ketika usia beliau
sekitar 20 tahun.
Al-Hafiz al-Zaila'ie pula memilih untuk mentakhrij
hadis kitab al-Hidayah dalam fiqh al-Hanafi karangan al-Marghinani (m.
593 H) dan kitab Tafsir al-Kasyyaf karangan al-Zamakhsyari (m. 538 H).
Kitab takhrij hadis al-Hidayah tersebut berjudul Nasb al-Rayah
Li Ahadith al-Hidayah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan