Syeikh Yusuf al-Nabhani (meninggal 1932M) menyebutkan dalam kitab Afdal al-Salawat ‘Ala Sayyid al-Sadat:
1 - Suatu ketika
salah seorang menteri di Damsyik hendak menyakiti Mufti Damsyik, al-Allamah
Hamid Afandi al-Imadi. Beliau tidur pada malam tersebut dalam keadaan sangat
sedih. Kemudian dia melihat Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam dalam
mimpinya, lalu Baginda menenangkannya dan mengajarkannya satu selawat dan
bahawa jika dia membacanya, Allah akan melapangkan kesedihannya. Maka dia pun
terjaga dan membacanya, lalu Allah melapangkan kesedihannya dengan berkat
Baginda sallahu ‘alaihi wasallam, iaitu: Selawat itu ialah: "Allahumma
salli wa sallim 'ala sayyidina Muhammad..." hingga akhir selawat yang
disebutkan sebelum ini.
Beliau berkata: "Guruku memberitahu bahawa beliau pernah mengalami
kesusahan, lalu beliau mengulangi selawat ini sambil berjalan, dan tidak sampai
seratus langkah, kesusahannya dilepaskan. Begitu juga beliau membacanya kali
kedua dalam satu kejadian lain, dan tidak lama kemudian kesusahannya
dilepaskan."
2 - Ibnu Abidin
berkata: “Saya juga telah membaca selawat ini ketika berlaku fitnah yang
besar di Damsyik. Tidak sampai saya mengulanginya sebanyak 200 kali, seorang
lelaki datang memberitahu saya bahawa fitnah tersebut telah berakhir. Dan Allah
menjadi saksi atas apa yang saya katakan.”
3 - Syeikh Yusuf
al-Nabhani berkata: “Saya menemui selawat ini dalam kitab Thabat Sheikh
Abdul Karim bin Sheikh Ahmad al-Syarabati al-Halabi, tetapi ia diikat dengan
bilangan tertentu dan terdapat sedikit perubahan.
Beliau
menyebut dalam kitabnya ketika menceritakan tentang gurunya, al-Arif Sheikh
Abdul Qadir al-Baghdadi al-Siddiqi: Antara apa yang telah dimuliakan kepada
saya ialah ijazah selawat yang mulia, dibaca ke atas Nabi sallahu ‘alaihi
wasallam sebanyak 300 kali sehari semalam dan 1000 kali ketika kesusahan,
kerana ia adalah penawar yang mujarab, iaitu:
الصَّلَاَةُ وَالسَّلَامُ عَلَیْكَ یَا سَيِّدِي يَا
رَسُولَ اللهَ، قَلَّتْ حِيلَتِي أَدْرِكْنِي
"Rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami wahai Rasulullah, sesungguhnya aku dalam kesempitan, tolonglah aku.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan