Doa Pertama
Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawasanya Nabi sallahu ‘alaihi
wasallam pernah meruqyah sebahagian ahli keluarganya dengan mengusap
menggunakan tangan kanannya sambil berdoa:
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ، أَذْهِبِ الْبَأْسَ، اِشْفِ
أَنْتَ الشَّافِي، لَا شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
"Ya Allah, Tuhan sekalian
manusia, hilangkanlah penyakit, sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Menyembuhkan,
tiada kesembuhan melainkan kesembuhan daripada-Mu, kesembuhan yang tidak
meninggalkan sebarang penyakit."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Doa Kedua
Diriwayatkan daripada Uthman bin Abi al-'As bahawa beliau
telah mengadu kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam tentang sakit
yang dirasakannya pada tubuhnya. Maka Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam
bersabda kepadanya:
“Letakkan tanganmu pada tempat yang sakit pada tubuhmu,
dan ucapkan: 'Bismillah' tiga kali, dan ucapkan tujuh kali:
أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا
أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Aku berlindung dengan keagungan Allah dan kekuasaan-Nya
daripada kejahatan yang aku rasakan dan aku takutkan."
(Riwayat Muslim)
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, daripada Nabi sallahu ‘alaihi
wasallam, baginda bersabda:
"Sesiapa yang menziarahi orang sakit yang belum sampai
ajalnya, lalu mengucapkan di sisinya sebanyak tujuh kali:
أَسْأَلُ اللَّهَ العَظِيمَ رَبِّ العَرْشِ العَظِيمِ
أنْ يَشْفِيكَ
Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy
yang Agung agar menyembuhkan kamu…
…melainkan Allah SWT akan menyembuhkannya daripada
penyakit itu."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang sahih)
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin Al-'As, beliau berkata:
Nabi sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
"Apabila seseorang datang menziarahi orang sakit, hendaklah
dia mengucapkan:
اللَّهُمَّ اشْفِ عَبْدَكَ يَنْكَأُ لَكَ عَدُوًّا،
أَوْ يَمْشِي لَكَ إِلَى صَلاةٍ
Ya Allah, sembuhkanlah hamba-Mu ini, yang akan menewaskan
musuh untuk-Mu, atau berjalan untuk menunaikan solat untuk-Mu."
(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang hasan)
Doa Kelima
Diriwayatkan daripada Ali, beliau berkata:
“Aku sedang sakit lalu Rasulullah sallahu ‘alaihi
wasallam lalu di sisiku ketika aku mengucapkan:
اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ أَجَلِي قَدْ حَضَرَ
فَأَرِحْنِي، وَإِنْ كَانَ مُتَأَخِّرًا فَارْفَعْنِي، وَإِنْ كَانَ بَلَاءً
فَصَبِّرْنِي
Ya Allah, jika ajalku telah tiba maka rahmatilah aku, dan
jika masih lewat maka angkatlah (penyakitku), dan jika ini adalah ujian maka
berilah aku kesabaran."
Maka Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bertanya: "Apa
yang engkau ucapkan?"
Lalu Ali mengulangi apa yang telah diucapkannya.
Baginda menguis Ali dengan kakinya dan bersabda: "Ya
Allah, berilah dia kesihatan (atau baginda bersabda) sembuhkanlah dia.”
Ali berkata: “Selepas itu aku tidak pernah lagi merasakan
sakit tersebut.”
(Hadis sahih riwayat
al-Tirmizi)
Diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri bahawa Jibril telah datang kepada
Nabi sallahu ‘alaihi wasallam lalu berkata:
"Wahai Muhammad! Adakah engkau sakit?"
Baginda menjawab: "Ya."
Jibril berkata:
بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ حَاسِدٍ، اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ
"Dengan nama Allah aku meruqyahmu, daripada segala sesuatu yang menyakitimu, daripada kejahatan setiap jiwa atau mata yang dengki, Allah menyembuhkanmu, dengan nama Allah aku meruqyahmu."
(Riwayat Muslim, al-Tirmizi, al-Nasa’i dan Ibnu Majah)
Diriwayatkan daripada Uthman bin Affan, beliau berkata:
“Aku pernah sakit lalu Rasulullah sallahu ‘alaihi
wasallam membacakan ruqyah untukku. Pada suatu hari Baginda membacakan ruqyah
dengan berkata:
أُعِيذُكَ بِاللّهِ الأَحَدِ الصَّمَدِ الَّذِي لَمْ
يَلِدْ وَلمْ يُولَدْ ولَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ مِنْ شَرِّ مَا تَجِدُ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Aku berlindung untukmu dengan Allah Yang Maha Esa, tempat bergantung segala
sesuatu, Yang tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada sesiapa yang
setara dengan-Nya, daripada kejahatan yang engkau rasakan."
Ketika Rasulullah SAW hendak berdiri, Baginda bersabda: Wahai
Uthman, berlindunglah dengan doa ini kerana kamu tidak pernah berlindung dengan
sesuatu yang sepertinya."
(Riwayat Ibnu al-Sunni dengan sanad yang daif)
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah sallahu
‘alaihi wasallam mengajarkan mereka (para sahabat) untuk (berlindung dari) semua
jenis kesakitan dan demam dengan mengucapkan:
بِسْمِ اللَّهِ الكَبِيرِ، نَعُوذُ باللَّهِ
العَظِيمِ مِنْ شَرِّ عِرْقٍ نَعَّارٍ، وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّارِ
"Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung dengan
Allah Yang Maha Agung daripada kejahatan urat yang berdenyut dan daripada
kejahatan panasnya api."
(Riwayat Ibnu al-Sunni dengan sanad yang daif)
Doa Kesembilan
Diriwayatkan daripada Aisyah bahawa Rasulullah sallahu ‘alaihi
wasallam apabila hendak berbaring di tempat tidurnya, Baginda menghimpunkan
kedua tapak tangannya lalu meniup padanya, kemudian membaca padanya: Qul
huwallahu ahad, Qul a'uzu bi rabbil falaq dan Qul a'uzu bi rabbin nas.
Kemudian Baginda mengusap dengan kedua-dua tangannya ke
seluruh tubuhnya yang mampu dicapai, bermula dengan kepala dan wajahnya serta
bahagian hadapan tubuhnya. Baginda melakukan itu sebanyak tiga kali.
Aisyah berkata: “Ketika Baginda sakit, Baginda menyuruh
aku melakukan yang demikian itu kepadanya.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Doa Kesepuluh
Daripada Abu Said Al-Khudri dan Abu Hurairah bahawa mereka
berdua bersaksi bahawa Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
"Sesiapa yang mengucapkan:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ
أَكْبَرُ
Tuhannya
membenarkannya dengan berfirman: "Tiada tuhan melainkan Aku dan
Aku Maha Besar.”
Dan apabila dia mengucapkan:
لَا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ
Allah berfirman:
Tiada tuhan melainkan Aku, Yang Esa, tiada sekutu bagi-Ku.
Apabila dia mengucapkan:
لَا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ لَهُ المُلْكُ وَلَهُ
الحَمْدُ
Allah berfirman: Tiada tuhan melainkan Aku, bagi-Ku
segala kerajaan dan bagi-Ku segala pujian.
Dan apabila dia mengucapkan:
لَا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ
إِلاَّ باللَّهِ
Allah berfirman:
Tiada tuhan melainkan Aku dan tiada daya dan upaya
melainkan dengan-Ku.”
Baginda bersabda: “Sesiapa yang mengucapkannya ketika
sakit kemudian meninggal dunia, api neraka tidak akan menyentuhnya."
(Hadis hasan riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan