Dalil Membaca Tasbih Kafarah
Hadis Pertama
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ جَلَسَ فِي مَجْلِسٍ فَكَثُرَ فِيهِ
لَغَطُهُ، فَقَالَ قَبْلَ أَنْ يَقُومَ مِنْ مَجْلِسِهِ ذَلِكَ: سُبْحَانَكَ
اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ
وَأَتُوبُ إِلَيْكَ، إِلاَّ غُفِرَ لَهُ مَا كَانَ فِي مَجْلِسِهِ ذَلِكَ
Daripada
Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:
“Sesiapa
yang duduk dalam suatu majlis yang banyak di dalamnya perkataan yang tidak
bermanfaat untuk akhirat, maka katakanlah sebelum kamu bangun daripada majlis
tersebut:
سُبْحَانَكَ اللهُمَّ
وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ
إِلَيْكَ
Maha
suci engkau, ya Allah, aku memuji kepada-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan
selain Engkau, aku minta ampun dan bertaubat kepadaMu.
Akan
diampunkan baginya (dosa) yang dilakukannya dalam majlis tersebut.”
Riwayat
al-Termizi (3433).
Kata
al-Termizi: “Hadis ini hasan sahih gharib.”
Hadis Kedua
عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ، قَالَ: كَانَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: بِأَخَرَةٍ إِذَا
أَرَادَ أَنْ يَقُومَ مِنَ الْمَجْلِسِ: «سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ،
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ»
فَقَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّكَ لَتَقُولُ قَوْلًا مَا كُنْتَ
تَقُولُهُ فِيمَا مَضَى، فَقَالَ: «كَفَّارَةٌ لِمَا يَكُونُ فِي الْمَجْلِسِ
Daripada
Abu Barzah al-Aslami, beliau berkata: “Nabi sallahu ‘alaihi wasallam menyebutkan
ketika akhir duduknya (sebelum) hendak bangun daripada suatu majlis:
سُبْحَانَكَ اللهُمَّ
وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ
إِلَيْكَ
Maha
suci engkau, ya Allah, aku memuji kepada-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan
selain Engkau, aku minta ampun dan bertaubat kepada-Mu.
Maka
berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesunggunya engkau menyebutkan suatu
perkataan yang tidak pernah engkau sebut sebelum ini.
Baginda
menjawab: Ia sebagai penebus dosa bagi apa yang berlaku dalam majlis.”
Riwayat
Abu Daud (4859).
Hadis Ketiga
عَنْ نَافِعِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ:
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " مَنْ قَالَ:
سُبْحَانَ اللهِ، وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَكَ اللهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ، فَقَالَهَا فِي
مَجْلِسِ ذِكْرٍ كَانَ كالطَّابَعُ يُطْبَعُ عَلَيْهِ، وَمَنْ قَالَهَا فِي
مَجْلِسِ لَغْوٍ، كَانَتْ كَفَّارَةً لَهُ "
Daripada
Nafi’ bin Jubair, daripada ayahnya, beliau berkata, Nabi sallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
“Sesiapa yang membaca:
سُبْحَانَكَ اللهُمَّ
وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ
إِلَيْكَ
Maha
suci engkau, ya Allah, aku memuji kepada-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan
selain Engkau, aku minta ampun dan bertaubat kepada-Mu.
Sesiapa yang menyebutkanya di dalam majlis zikir maka ia menjadi seperti cop yang mengecap keatasnya (yakni ucapan ini menjadi seperti cop yang mengesahkan dan memperakui kebaikan majlis zikir tersebut). Sesiapa yang menyebutkannya di dalam majlis yang lagha, ia akan jadi
penebus dosa baginya.”
Riwayat
al-Thabrani dalam Mu’jam al-Kabir (2/138).
Kata
al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid: “Para perawinya adalah perawi
kitab al-Sahih.”
Dalil Membaca surah al-Asr
عَنْ أَبِي مَدِينَةَ الدَّارِمِيِّ، وَكَانَتْ لَهُ
صُحْبَةٌ قَالَ: كَانَ الرَّجُلَانِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «إِذَا الْتَقَيَا لَمْ يَفْتَرِقَا حَتَّى يَقْرَأَ
أَحَدُهُمَا عَلَى الْآخَرِ: وَالْعَصْرِ إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ، ثُمَّ يُسَلِّمَ أَحَدُهُمَا عَلَى الْآخَرِ
Daripada Abi Madinah al-Darimi -beliau sempat bersahabat
dengan Rasulullah- berkata: “Dua orang sahabat Nabi sallahu ‘alaihi wasallam
jika bertemu tidak akan berpisah kecuali salah seorang daripada mereka akan
membaca surah al-‘Asr kemudian bersalaman antara satu sama lain.”
Riwayat al-Thabrani dalam Mu’jam al-Ausath (5124).
Kata al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid: “Para
perawinya adalah perawi kitab al-Sahih kecuali Ibnu ‘Aisyah dan dia adalah
thiqah.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan