عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: رَحِمَ اللَّهُ رَجُلًا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ
فَصَلَّى، وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ، فَإِنْ أَبَتْ، نَضَحَ فِي وَجْهِهَا الْمَاءَ،
رَحِمَ اللَّهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّتْ، وَأَيْقَظَتْ
زَوْجَهَا، فَإِنْ أَبَى، نَضَحَتْ فِي وَجْهِهِ الْمَاءَ.
Daripada Abu Hurairah,
beliau berkata, Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami
yang bangun di tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya
(untuk sama-sama melakukan solat). Sekiranya si isteri enggan, maka
dipercikkkan air ke wajahnya.
Mudah-mudahan juga Allah
merahmati seorang isteri yang bangun di tengah malam untuk mengerjakan solat dan
juga membangunkan suaminya, jika si suami enggan, maka dipercikkanlah air ke
mukanya.”
Diriwayatkan oleh
Ahmad, Abu Daud dan dan Ibnu Majah.
Hadis ini disahihkan
oleh al-Hakim, Imam al-Nawawi dalam Riyadh al-Salihin dan
al-Hafiz al-‘Iraqi dalam Takhrij al-Ihya’.
Pengajaran
Hadis:
1 - Kelebihan suami atau isteri yang mengejutkan pasangannya bahawa dia doakan oleh Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam agar mendapat rahmat daripada Allah.
2 - Galakan
saling bantu-membantu melaksanakan ketaatan dan amalan soleh.
3 -
Disunatkan bagi suami dan isteri untuk mengejutkan satu sama lain bagi
melaksanakan qiyamullail dan gunakanlah apa sahaja cara yang bersesuaian untuk
membangunkan pasangan serta membantu menghilangkan rasa mengantuknya.
4 - Hadis
ini menunjukkan kesamarataan antara lelaki dan wanita dalam melaksanakan ibadah
yang berkaitan dengan hak Allah Ta’ala.
*Tulisan ini saya telah kemas kini semula pada 10/8/2021. Alhamdulillah. Semoga bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan