1 - ابْنَتِي فَاطِمَةُ حَوْرَاءُ آدَمِيَّةُ،
لَمْ تَحِضْ، وَلَمْ تَطْمِثْ، وَإِنَّمَا سَمَّاهَا فَاطِمَةَ لأَنَّ اللَّهَ
فَطَمَهَا وَمُحِبِّيهَا عَنِ النَّارِ
“Anakku,
Fatimah adalah bidadari daripada kalangan manusia. Dia tidak mengeluarkan haid
dan kotoran. Sesunggunya dinamakan dia Fatimah kerana Allah akan memisahkannya dan orang yang mencintainya daripada daripada neraka.”
Sumber
hadis
Diriwayatkan
oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad daripada Ibnu ‘Abbas
secara marfu’.
Penilaian
hadis
a.
Al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad: “Dalam sanad hadis ini
terdapat tidak seorang daripada perawi yang majhul (tidak dikenali) dan ia
tidak sabit (daripada Nabi).”
b.
Penilaian al-Khatib al-Baghdadi dinukilkan oleh Ibnu al-Jauzi dalam al-Maudhu’at,
al-Sayuthi dalam al-Laali al-Masnu’ah dan Ibnu ‘Arraq dalam Tanzih
al-Syari’ah al-Marfu’ah tanpa sebarang bantahan.
*Perkataan
‘tidak sabit’ (لَيْسَ بِثَابِت) jika digunakan dalam kitab-kitab yang menghimpunkan
perawi-perawi daif dan hadis-hadis palsu, maksudnya ialah hadis tersebut palsu.
2 - إِنَّمَا سُمِّيَتْ فَاطِمَةُ لأَنَّ
اللَّهَ تَعَالَى فَطَمَ مُحِبِّيهَا مِنَ النَّارِ
“Sesungguhya
dinamakan dia sebagai Fatimah kerana Allah akan memisahkan orang yang
mencintainya daripada neraka.”
Sumber
hadis
Diriwayatkan
oleh Ibnu al-Jauzi dalam al-Maudhu’at daripada Abu Hurairah secara marfu’.
Penilaian hadis
a.
Ibnu al-Jauzi dalam al-Maudhu’at: “Ini adalah rekaan al-Ghilabi
(salah seorang perawinya. Kata al-Daraqutni, dia seorang pereka hadis.”
b.
Penilaian Ibnu al-Jauzi dipersetujui oleh al-Sayuthi dalam al-Laali al-Masnu’ah
dan Ibnu Arraq dalam Tanzih al-Syariah al-Marfu’ah, beliau (Ibnu ‘Arraq)
menambah: “Dalam sanadnya juga ada Bisyr bin Ibrahim al-Ansari.”
Bisyr
bin Ibrahim al-Ansari dinilai sebagai pereka hadis oleh Ibnu ‘Adi dan Ibnu
Hibban.
3 - لم ير لفاطمة دم في حيض ولا نفاس
“Tidak
dilihat pada Fatimah darah haid dan juga nifas.”
Sumber
hadis
Diriwayatkan
oleh Ibnu al-A’rabi dalam Mu’jamnya dan Ibnu Abi al-Dunya sebagaimana
yang dinukilkan oleh Ibnu Hajar dalam Lisan al-Mizan.
Penilaian
hadis
a.
Ibnu Hajar dalam Lisan al-Mizan: “Ini adalah rekaan al-‘Abbas (salah
seorang perawinya).”
4
- عَن أَسمَاء قبلت فَاطِمَة بالْحسنِ فَلم
أر لَهَا دَمًا فَقلت يَا رَسُول الله إِنِّي لم أر لفاطمة دَمًا فِي حيض وَلَا
نِفَاس فَقَالَ أما علمت أَن ابْنَتي طَاهِرَة مطهرة فَلَا يرى لَهَا دم فِي طمث
وَلَا ولادَة
“Daripada
Asma’, beliau berkata: “Fatimah melahirkan Hasan. Tidak dilihat padanya
darah (ketika melahirkan Hasan). Aku bertanya: Wahai Rasulullah, aku tidak melihat
darah haid dan nifas pada Fatimah. Baginda menjawab: “Aku mengetahui bahawa
anak perempuanku itu suci dan disucikan. Maka tidak dilihat padanya darah haid
dan darah kerana melahirkan anak.”
Sumber
hadis
Disebutkan
oleh Al-Muhib al-Thabari dalam Zakhair al-‘Uqba sebagaimana yang
dicatatkan oleh Ibnu ‘Arraq dalam Tanzih al-Syariah al-Marfu’ah.
Penilaian
hadis
Ibnu
‘Arraq dalam Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah: “Ianya batil. Ia
daripada riwayat Daud bin Sulaiman al-Ghazi daripada Ali bin Musa al-Redha.”
Daud
bin Sulaiman al-Ghazli dinilai sebagai pendusta oleh Yahya bin Ma’in. Dia
meriwayatkan naskah hadis-hadis palsu daripada Ali bin Musa al-Redha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan