أَنْ تُؤْخَذَ سَبْعُ وَرَقَاتٍ مِنْ سِدْرٍ أَخْضَرَ فَيَدُقَّهُ بَيْنَ حَجَرَيْنِ، ثُمَّ يَضْرِبَهُ فِي الْمَاءِ، وَيَقْرَأَ فِيهِ آيَةَ الْكُرْسِيِّ، وَذَوَاتَ قُلْ، ثُمَّ يَحْسُو مِنْهُ ثَلَاثَ حَسَوَاتٍ، وَيَغْتَسِلَ بِهِ، فَإِنَّهُ يُذْهِبُ عَنْهُ كُلَّ مَا بِهِ إِنْ شَاءَ اللَّهُ، وَهُوَ جَيِّدٌ لِلرَّجُلِ، إِذَا حُبِسَ مِنْ أَهْلِهِ
“Hendaklah kamu mengambil tujuh helai daun bidara hijau dan menumbuknya di antara dua batu (lesung batu).
Kemudian dicampurkan dengan air lalu dibacakan padanya
ayat kursi dan surah yang menyebutkan Qul (Surah al-Kafirun, al-Ikhlas,
al-Falaq dan al-Nas).
Kemudian dihirup sebanyak tiga kali hirupan dan mandilah
dengannya.
Sesungguhnya ia dapat menghilangkan apa sahaja penyakit
yang dihidapinya, insya-Allah. Ia juga baik bagi orang lelaki yang tertahan
daripada mendatangi isterinya (disebabkan sihir).”
Ulasan:
Sekadar yang saya temui, ia bukan hadis Nabi sallahu
'alaihi wasallam.
Disebutkan dalam kitab al-Jami’ karangan Ma’mar bin
Rasyid, al-Musannaf karangan Abdul Razaq al-San'ani dan Fath al-Bari
karangan al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani bahawa ia tertulis dalam kitab Wahb
bin Munabbih.
Wahb bin Munabbih (34H-114H) seorang tabi’in yang terpercaya
(thiqah) yang banyak meriwayatkan kisah Israiliyat dan kisah-kisah umat
terdahulu. Beliau pernah berkata: “Aku pernah membaca 30 buah kitab yang
diturunkan kepada 30 orang nabi.”
Dari segi pengamalannya, tidak ada masalah untuk beramal dengannya sebagai ikhtiyar penyembuhan daripada sihir dengan syarat tidak dinisbahkan amalan ini berasal daripada Nabi sallahu 'alaihi wasallam. Amalan ini juga ada disebutkan dalam kitab yang dikarang berkenaan Ruqyah Syar'iyyah seperti kitab al-'Ilaj Bi al-Ruqa Min al-Kitab Wa al-Sunnah karangan Dr Sa'id al-Qahtani.
Baca juga:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan